awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah tiba di mahkamah dengar keputusan kes rasuah projek solar

Bernama
Bernama
01/09/2022
01:06 MYT
Rosmah tiba di mahkamah dengar keputusan kes rasuah projek solar
Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mendengar keputusan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.
Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang memakai baju kurung dan selendang kuning tiba di mahkamah pada 8.54 pagi.
Kira-kira 50 pengamal media dari dalam dan luar negara mula berkumpul seawal 7 pagi bagi membuat liputan kes berprofil tinggi itu.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan menyampaikan keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah.
Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah, 70, diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#Rasuah
#mahkamah
#solar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan