Rosmah tiba di SPRM

Rahimah Abdullah
September 26, 2018 01:56 MYT
Ini kali kedua Rosmah dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan berhubung skandal SRC International Sdn Bhd. Foto Twitter RAHIMAH ABDULLAH
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram.
Beliau tiba kira-kira jam 9.50 pagi menaiki kenderaan jenis Proton Perdana.
Ini merupakan kali kedua Rosmah dipanggil ke badan anti rasuah itu.
Rosmah sebelum ini diberikan notis untuk hadir oleh pegawai SPRM pada pukul 10 pagi.
Notis berkenaan diserahkan pada petang Selasa.

Datin Seri Rosmah Mansor tiba di SPRM kira-kira jam 9.50 pagi. @501Awani pic.twitter.com/RVM4MW72Cg

— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) September 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
[LAPOR LANGSUNG] Rosmah Mansor ke SPRM lagi
Pada 5 Jun lalu, Rosmah dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.
Pada 24 September, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan terhadap isteri bekas Perdana Menteri itu telah siap dan telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Media sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan penggubahan wang haram.
Khamis lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat.
#1MDB #bekas perdana menteri #dirakam keterangan #isteri #Najib Razak #Putrajaya #Rosmah Mansor #SPRM #SRC International