awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosnah tidak pertahan jawatan Ketua Puteri UMNO

Bernama
Bernama
22/07/2013
02:24 MYT
Rosnah tidak pertahan jawatan Ketua Puteri UMNO
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatan ketua puteri UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti, akhir tahun ini.
Beliau yang menyandang jawatan itu sejak lima tahun lepas berkata beliau juga belum memutuskan untuk bertanding sebarang jawatan peringkat kepimpinan wanita UMNO atau Majlis Tertinggi parti.
"Saya sudah melewati usia untuk berada dalam puteri UMNO dan setakat ini saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ahli pergerakan Puteri seluruh negara," katanya kepada pemberita Sempena Majlis Penutupan Kursus Kontraktor CIDB di sini malam tadi.
Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding dalam pemilihan pimpinan UMNO akan datang.
"Kita melihat kemungkinan jawatan ketua puteri UMNO akan dipertandingkan kerana beberapa calon telah menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding bagi jawatan ketua puteri dan juga naib ketua puteri," katanya.
Topic Berkaitan
#Puteri UMNO
#Rosnah Rashid Shirlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan