awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Royalti minyak: Adakah PH Sarawak akan kotakan janji? - GPS

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
26/07/2018
08:04 MYT
Royalti minyak: Adakah PH Sarawak akan kotakan janji? - GPS
FADILLAH: Persoalannya kini adakah Chieng Jen akan kekal dengan pendirian untuk menuntut royalti sebanyak 20 peratus dari hasil pengeluaran?
Gabungan Parti Sarawak (GPS) menuntut Pakatan Harapan (PH) Sarawak untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung hasrat untuk meningkatkan royalti minyak kepada 20 peratus daripada pengeluaran dan bukan keuntungan.
Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini penting susulan penjelasan daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali bahawa 20 peratus yang dimaksudkan adalah daripada keuntungan dan bukan pengeluaran.
"Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen yang juga Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Sarawak belum mempersetujui penurunan kuasa yang ditawarkan Putrajaya.
"Selain tu, beliau turut mendakwa Kerajaan Negeri Sarawak tidak menjelaskan pendirian mereka mengenai perkara itu. Ini adalah dakwaan yang tidak berasas," kata Fadillah dalam satu sidang media di Parlimen bersama Ahli Parlimen GPS..
Menurut Fadillah, yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya, persoalannya kini adakah Chieng Jen akan kekal dengan pendirian untuk menuntut royalti sebanyak 20 peratus dari hasil pengeluaran?
"Adakah beliau tidak akan berganjak daripada tuntutan ini atau sudah berubah pendirian susulan perkembangan terbaru ini?" soal Fadillah.
Tambahnya jika Chieng Jen berubah pendirian, ini bermakna beliau telah 'mengkhianati' janji yang telah dibuat kepada rakyat Sarawak.
"Apa yang jelas adalah harapan rakyat Sarawak daripada Kerjaan adalah untuk menunaikan janji pemberian royalti 20 peratus berdasarkan hasil pengeluaran dan mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis," katanya.
Topic Berkaitan
#Chong Chieng Jen
#Fadillah Yusof
#Gabungan Parti Sarawak
#Pakatan Harapan
#royalti minyak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan