MALAYSIA
RPN 2026-2035 reformasi strategik pendidikan negara bina modal insan berkualiti
PM semasa pelancaran RPN semalam menyatakan lonjakan besar menerusi rancangan itu diharap menyedarkan semua pihak untuk berikhtiar melakukan perubahan, khususnya dalam membentuk nilai, jati diri dan kemanusiaan. - foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 (RPN) bukan sekadar pengumuman dasar, sebaliknya membuktikan langkah reformasi strategik hala tuju pendidikan negara secara lebih menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus berupaya membina modal insan berkualiti dan berdaya saing pada peringkat global.
Dengan memberikan penekanan kepada kerangka nilai berteraskan kemanusiaan dan penguasaan teknologi baharu, RPN yang dibentuk bagi tempoh satu dekad bermula pada tahun ini hingga 2035 mampu menjadi tunjang utama melahirkan modal insan dengan kemahiran relevan dikehendaki industri.
Pendekatan itu turut selari dengan hasrat pembentukan generasi seimbang dari segi sahsiah dan nilai kemanusiaan dalam membina kehidupan lebih bermakna serta bermaruah di tengah-tengah cabaran masa hadapan semakin kompleks, sepertimana ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri semasa pelancaran RPN di Putrajaya semalam menyatakan lonjakan besar menerusi rancangan itu diharap menyedarkan semua pihak untuk berikhtiar melakukan perubahan yang lebih baik, khususnya dalam membentuk nilai, jati diri dan kemanusiaan pelajar.
Menyifatkan penekanan itu bertepatan dengan situasi semasa susulan pelbagai insiden membabitkan tingkah laku pelajar sebelum ini termasuk kes buli, pakar pendidikan Anuar Ahmad melihat pendekatan keseimbangan itu diberi tumpuan penuh Kerajaan MADANI menerusi RPN, tidak hanya di sekolah, tetapi juga pengajian tinggi.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata penekanan keseimbangan itu di dua peringkat utama pendidikan, iaitu sekolah serta pengajian tinggi dalam RPN, jelas memperlihatkan komitmen bersepadu kerajaan untuk menangani isu sahsiah pelajar secara lebih sistematik dan menyeluruh.
"Di bawah RPN, ada RPTM (Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia) yang dikendalikan KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) dan RPM (Rancangan Pendidikan Malaysia) oleh KPM (Kementerian Pendidikan) dengan aspek keseimbangan itu diberi penekanan meliputi pelbagai dimensi pembangunan pelajar.
"Langkah ini menggalakkan keharmonian merentas perkembangan intelektual, spritual, emosi dan fizikal bukan sahaja dalam bilik belajar atau kuliah, tetapi juga meliputi kehidupan seharian bagi memastikan pembangunan individu secara menyeluruh dengan adab yang tinggi," katanya kepada Bernama.
Mengalu-alukan pelaksanaan RPN, Anuar yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia MINDA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata keistimewaan rancangan pendidikan itu dilahirkan dan dibentuk sepenuhnya daripada suara rakyat.
Hal ini jelas terserlah apabila RPN memberikan jalan penyelesaian kepada beberapa rantaian masalah yang sebelum ini dibangkitkan ibu bapa, pelajar, guru, mahasiswa, pihak industri merangkumi isu beban serta kebajikan guru, ketidaksepadanan kursus di institut pengajian tinggi selain pengembalian semula ujian menerusi pendekatan baharu penilaian pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.
"Secara keseluruhannya, RPN memuaskan hati saya kerana perkara yang disuarakan atau disampaikan rakyat diambil perhatian oleh KPM dan Perdana Menteri. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada KPM dan juga kerajaan kerana mendengar permintaan rakyat dalam isu pendidikan.
"Saya rasa rancangan ini boleh dilakukan kerana RPN dibentuk 100 peratus menggunakan kebijaksanaan pakar akademik tempatan selain suara industri dan orang ramai atau dalam erti kata lain, RPN buatan Malaysia berbanding pelan pembangunan pendidikan sebelum ini, menggunakan kepakaran luar," katanya.
RPTM 2026-2035 misalnya, dibangunkan melalui proses libat urus berskala besar, melibatkan 181 pakar tempatan dan 8,226 pihak berkepentingan, merangkumi para sarjana, tokoh akademik, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta, pihak industri serta wakil masyarakat daripada pelbagai latar belakang.
Dengan suara yang merangkumi kepelbagaian peringkat dalam pelan pendidikan baharu itu, Anuar berkata sewajarnya, masyarakat memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan RPN demi kepentingan pendidikan anak-anak dan bukannya berbalik kepada soal politik.
"Hal ini supaya kita dapat melaksanakan rancangan pendidikan ini secara lebih berkesan, (perlu) disokong. Mungkin jika ada kelemahan, kita beri pandangan berdasarkan fakta untuk dipertingkatkan bagi kepentingan generasi akan datang.
"Saya juga melihat pelan pendidikan baharu ini bersifat munasabah dan boleh dicapai dalam tempoh 10 tahun kerana sasarannya lebih realistik, tidak terlalu tinggi sehingga sukar dilaksanakan berbanding sebelumnya yang bersifat terlalu besar dan sukar dilaksanakan," katanya.
Keistimewaan RPN juga pada pandangan Anuar apabila pelan pendidikan baharu itu digerakkan seiring bersama-sama KPM dan KPT yang sebelumnya lebih berorientasikan perancangan masing-masing dalam mewujudkan kesinambungan yang jelas hala tuju pelajar selepas tamat peringkat rendah.
Beliau berkata penyelarasan antara dua kementerian itu amat penting supaya tidak berlaku pertindanan fungsi dan tugas, misalnya menerusi RPN, KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi bermula tahun ini.
"Kalau kita ada dua 'kapal' yang bergerak sendiri-sendiri, setiap satu ada haluan masing-masing, sedangkan anak-anak kita ini orang yang sama. Sebab itu perlu ada keselarasan antara KPM dengan KPT supaya perancangan dapat dibuat secara berterusan," katanya.
Beliau berkata perkara yang dirancang pada peringkat sekolah seperti kemahiran asas, pembentukan akhlak dan moral seharusnya mempunyai kesinambungan dengan perancangan peringkat universiti yang memfokuskan kepada kompetensi pekerjaan serta pembentukan kepimpinan.
Menyentuh aspek hak rakyat Malaysia mendapat akses pendidikan, pakar pendidikan itu berkata perkara berkenaan terus diberi penekanan Kerajaan MADANI menerusi pelan pendidikan itu dalam memastikan tiada sesiapa yang terpinggir daripada menikmati hak berkenaan, tidak kira bandar mahupun pedalaman.
Komitmen ini menurut Anuar, terbukti apabila Perdana Menteri mengumumkan peningkatan besar agenda pendidikan percuma kerajaan membabitkan pelajar pendidikan tinggi kepada 10,000 pelajar kategori miskin melalui bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berbanding kira-kira 5,800 pelajar miskin tegar menerusi Belanjawan lepas.
"Saya rasa (peningkatan pelajar miskin tegar terima bantuan pendidikan percuma) adalah sangat besar kesannya kepada golongan itu kerana ramai daripada mereka yang pandai. Sebelum ini, kita telah didengarkan dengan kisah anak miskin, ibu bapa tidak mampu realisasikan impian anak mereka disebabkan faktor kewangan.
"Tetapi, sekarang 10,000 tempat disediakan kepada pelajar miskin untuk belajar di universiti tanpa bayaran, jadi ibu bapa dan anak-anak kumpulan ini tidak perlu gusar kerana komitmen memastikan tiada yang terpinggir mendapat akses pendidikan sehingga peringkat tinggi, direalisasikan kerajaan," katanya.
Selain pelajar miskin tegar, Perdana Menteri turut mengumumkan kira-kira 3,000 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di IPT awam, politeknik dan kolej komuniti akan menerima pendidikan percuma yang berkuat kuasa serta-merta.
-- BERNAMA

#Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035
#Kerajaan Madani
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#Anwar Ibrahim