BATU PAHAT: Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) di Johor Bahru, yang dijangka siap pada penghujung 2026, dijangka bakal melonjakkan usaha memperkasakan pengangkutan awam di negeri ini terutamanya yang melibatkan pengangkutan rel, kata seorang pakar rel.
Penyelidik Kanan di Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICoE-Rel), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Madya Dr Nor Aziati Abdul Hamid berkata selain menghubungkan pengangkutan dua negara iaitu Malaysia dan Singapura, salah satu sektor yang akan menerima manfaat daripadanya adalah perkembangan jaringan sistem pengangkutan awam.
Menurutnya susulan projek itu, semua jaringan pengangkutan dijangka ditambah baik, termasuklah pertimbangan mengenai kemungkinan penggunaan Bas Rapid Transit (BRT) atau pembinaan transit aliran ringan (LRT) yang tertumpu di bandar raya Johor Bahru.
Beliau berkata kesinambungan kepada RTS Link berkenaan perlu dilaksanakan segera dengan beberapa lagi jaringan pengangkutan rel seperti LRT, Monorel dan juga Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) bagi menarik minat orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
"Kelebihan RTS Link sekiranya beroperasi kelak, selain meningkatkan sektor pelancongan serta memudahkan rakyat Johor terutamanya yang bekerja di Singapura, sektor pendidikan juga akan menerima tempiasnya.
"Kita tahu di Singapura ada beberapa universiti yang bertaraf tinggi, sekali gus menjadi tumpuan, tetapi apa kurangnya di Johor yang mempunyai EduCity, terdapat cawangan beberapa universiti antarabangsa, dan sekiranya adanya RTS ini, tidak mustahil penduduk Singapura akan ke Johor untuk melanjutkan pengajian di sini," kata Nor Aziati.
"Justeru, bagi menarik warga luar ke EduCity perlu ada kesinambungan sistem pengangkutan yang cekap, pantas dan mempunyai kesalinghubungan antara pengangkutan itu, seperti RTS yang berhubung terus dengan LRT atau MRT.
"Selain itu, kesinambungan ini juga perlu sekiranya kita juga tidak mahu penumpang dari Singapura ini hanya sekadar berakhir perjalanannya di Johor Bahru sahaja, tetapi juga akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lain," tambahnya.
Projek RTS Link melibatkan rangkaian rel sepanjang empat kilometer menghubungkan Stesen Bukit Chagar, di Johor Bahru dan Stesen Utara Woodlands di Singapura, yang dijadualkan siap pada Disember 2026, dan dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 pengembara.
Beliau berkata dengan adanya HSR yang dirancang melalui projek 'Singapore-Kunming Rail Link' itu, limpahan ekonomi akan dapat dirasai apabila beberapa stesen akan berada di Malaysia, malah bandar yang dirancang mempunyai stesen seperti di Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban dan Putrajaya, berpotensi menjadi bandar metropolis apabila ramai pelancong dari tanah besar China akan sampai ke sana.
Mengenai hubungan dua hala pula, Nor Aziati berkata projek RTS Link semestinya akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura untuk tempoh jangka panjang.
"Malaysia dan Singapura merupakan dua negara yang unik, masing-masing memerlukan antara satu sama lain bagi beberapa sektor, contohnya dalam sektor pekerjaan dan juga pelancongan.
"Kita (Malaysia) ramai yang ke Singapura untuk bekerja sejak dahulu lagi, manakala ramai rakyat dari negara Sebarang Tambak itu datang ke sini untuk untuk melancong dan berbelanja, dan ia dijangka meningkat," katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, pertama kali bertemu di tapak projek RTS dan menyaksikan detik bersejarah "penyambungan" projek berkenaan antara Malaysia dan Singapura.
Penyambungan titik pertemuan jejambat marin projek itu antara Johor Bahru dan Singapura, secara simboliknya menyatakan komitmen berterusan kedua negara terhadap projek bernilai berbilion ringgit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Keadaan semasa projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura ketika tinjauan pada 25 Disember 2023. - Foto BERNAMA
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
RTS bakal lonjakkan usaha perkasakan pengangkutan awam di Johor - Pakar
Projek itu dijangka melonjakkan usaha memperkasakan pengangkutan awam di negeri ini terutamanya yang melibatkan pengangkutan rel.
Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
Projek RTS Link Johor Bahru-Singapura capai kemajuan 10 peratus
Tahap kemajuan kerja projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura kini mencapai hampir 10 peratus, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Projek RTS Link JB-Singapura tidak berjalan lancar - Menteri Singapura
Beliau berkata Perjanjian Dua Hala RTS Link (BA) yang dimeterai Singapura dan Malaysia pada Januari 2018, telah menetapkan beberapa perkara penting bagi menjejaki perkembangan projek tersebut.