awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ruang demokrasi untuk semua pasca PRU13

Syafique Shuib
Syafique Shuib
09/05/2013
23:10 MYT
Ruang demokrasi untuk semua pasca PRU13
Keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU13) membuktikan kerajaan pemerintah harus melibatkan semua golongan masyarakat sebagai satu perubahan yang baru dalam konteks politik Malaysia.
Penganalisis Politik UiTM Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata inilah antara proses reconciliation yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan setelah kerajaan pemerintah tidak mempunyai populariti yang kukuh.
“Selepas PRU13 usaha mesti dilakukan oleh parti pemerintah terutamanya untuk membuka ruang ini dan menjemput semua ahli-ahli politik, NGO, pemikir-pemikir politik, masyarakat, bersama-sama bagaimana untuk mengendalikan negara ini pada masa depan.
“Pengendalian negara ini bukan sahaja hak satu parti, ia perlu melibatkan rakyat. Ini merupakan satu kesedaran baru yang mesti timbul dalam kerajaan masa ini,” kata beliau semasa menjadi tetamu program Agenda AWANI.
Turut dihungungi adalah ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang berpendapat rakyat telah menunjukkan sikap yang mereka ingin melibatkan diri didalam sistem demokrasi negara kerana jumlah peratusan undi yang tertinggi pada PRU13.
“Ini adalan peluang terbaik kita untuk mengetengahkan people-centric policies yang mana kita perlu melibatkan semua pihak. Ini adalah penting kerana bila kita dapt maklumat dari mereka semua, barulah kita dapat persetujuan yang sama dan akan memberi manfaat kepada rakyat dan baru baru rakyat dapat merasakan mereka terlibat didalam proses ini,” kata Dr. Afif.
Klik disini untuk episod penuh Agenda AWANI dengan topik “Pasca PRU 13: Malaysia Bergerak ke Hadapan”.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#pilihan raya
#proses demokrasi
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan