awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rudy Imran penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2022
09:46 MYT
Rudy Imran penulis lirik Lelaki Teragung meninggal dunia
Penulis lirik terkenal tanah air, Rudy Imran Shamsuddin menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor hari ini.
KUALA LUMPUR: Jenazah penulis lirik terkenal tanah air, Mohamad Rudy Imran Shamsuddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih selepas solat Asar petang tadi.
Sebelum itu, jenazah dibawa ke Masjid Raja Muda Musa Semenyih untuk solat jenazah.
Majlis pengebumian dihadiri oleh kaum keluarga, rakan-rakan dan beberapa rakan artis termasuk Dayang Nurfaizah dan Amelina.
Mohamad Rudy menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor pagi tadi.
Allahyarham yang berusia 47 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser usus yang sudah dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.
Allahyarham yang berusia 47 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser usus yang sudah dihidapinya sejak beberapa tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Allahyarham yang berusia 47 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser usus yang sudah dihidapinya sejak beberapa tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Astro AWANI difahamkan Allahyarham Rudy baru saja dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin lalu selepas menerima rawatan lanjutan kanser.
Allahyarham Rudy merupakan antara penulis lirik prolifik semenjak beliau aktif berkarya sekitar sedekad lalu.
Antara karya yang memasyhurkan nama Allahyarham ialah lirik lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah.
Lagu berkenaan diangkat sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 31 pada 2017.
Sebelum memahat nama sebagai penulis lirik, Allahyarham Rudy merupakan wartawan hiburan yang terkenal dan sudah berkhidmat dengan pelbagai organisasi media.
Beliau memulakan karier sebagai wartawan majalah hiburan Variapop pada awal 1994 sebelum berhijrah ke akhbar Watan yang beribu pejabat di Taman Setiawangsa di sini.
Allahyarham Rudy kemudiannya ditawarkan berkhidmat di kumpulan Karangkraf sebelum berpindah ke syarikat media Utusan Melayu.
Kerjayanya sebagai wartawan berakhir di akhbar Harian Metro.
Ketika berkhidmat di Harian Metro, Allahyarham Rudy juga pernah mengambil cuti belajar bagi meneruskan hasratnya melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM).
Al-Fatihah...
Topic Berkaitan
#Rudy Imran
#penulis lirik Rudy Imran
#Rudy Imran meninggal dunia
#Lelaki Teragung
#pengebumian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan