Rujuk JPA sebelum mohon universiti di UK

Astro Awani
Februari 22, 2015 06:29 MYT
Antara pelajar Malaysia yang beraksi di Sheffield Malaysian Games 2015. Gambar: Instagram/@idrinakhalil
Pelajar yang bercadang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan Ireland dinasihatkan supaya merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan terlebih dahulu sebelum memohon memasuki sesebuah universiti.
Menurut Pengarah Education Malaysia ke United Kingdom dan Ireland, Profesor Madya Dr Mohad Anizu Mohd Nor, ini kerana bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.
Beliau juga turut meyarankan agar pelajar Malaysia untuk mendaftarkan diri dengan pihak Education Malaysia bagi memudahkan urusan mereka di United Kingdom dan Ireland.
Beliau ditemui selepas merasmikan Sheffield Malaysian Games 2015 anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Sheffield (SMSA) di King Edward School pada Sabtu.
#Dr Mohad Anizu Mohd Nor #Education Malaysia #Ireland #Jabatan Perkhidmatan Awam #JPA #Kementerian Pendidikan #United Kingdom