awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah 1916: Waris keluarga AlBakri gembleng usaha pulihara rumah warisan lebih 100 tahun

Aida Aziz
Aida Aziz
15/06/2024
02:00 MYT
Rumah 1916: Waris keluarga AlBakri gembleng usaha pulihara rumah warisan lebih 100 tahun
Rumah 1916 di Jalan Kelab, Batu Gajah bercirikan golongan bangsawan Melayu zaman dulu.
BATU GAJAH: Rumah 1916 yang terletak di Jalan Kelab, di sini bukan sekadar kediaman warisan yang unik dengan seni bina tempatan bercirikan golongan bangsawan Melayu zaman dulu.
Namun, fungsinya juga pelbagai kerana pernah diubah suai serta disewa menjadi institusi pendidikan ternama seperti Royal English School, Sekolah Sultan Yusuf dan Sekolah Perniagaan Rakyat.
Enggan melihat bangunan yang siap dibina tahun 1916 runtuh dan lenyap begitu saja, salah seorang waris dan pemilik, Datuk Zahim AlBakri, 61, mengetuai projek pemuliharaan rumah tersebut.
Zahim yang juga Timbalan Presiden Badan Warisan Malaysia berkata, sebab utama dia bersama dua beradik lain menggerakkan usaha itu adalah untuk memulihara seni bina bersejarah negara.
"Tujuan pemuliharaan yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk kembalikan ia sebagai rumah sama seperti tahun 1916. Ia mendapat kerjasama dari Think City Sdn. Bhd.
"Rumah itu asalnya dimiliki oleh moyang saya iaitu Toh Amar Diraja Sulaiman dan isterinya, Andak Jijah Toh Sri Dewa Raja Domba.
"Selepas dijadikan sekolah dan sebagainya pada tahun 1950-an, ia juga pernah disewa sebagai rumah kepada beberapa keluarga.
"Sejak projek ini dilaksanakan, boleh kata hampir setiap minggu saya berulang dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah.
"Tapi, bagi saya perkara ini menarik dan dari situ saya dapat tahu tentang sejarah keluarga, di samping membuat kajian sendiri," katanya kepada Astro AWANI.
Zahim (empat dari kiri) bersama kaum keluarga dan waris bergambar di Rumah 1916, Batu Gajah bagi pembukaan pameran Kisah Kinta 1916.
Zahim (empat dari kiri) bersama kaum keluarga dan waris bergambar di Rumah 1916, Batu Gajah bagi pembukaan pameran Kisah Kinta 1916.
Seperti yang diketahui ramai, Zahim juga aktif sebagai pelakon, pengarah, penulis dan penerbit.
Beliau pernah membintangi beberapa filem terkenal sewaktu ketika dahulu seperti 1957: Hati Malaya, Sara dan Spilt Gravy.
Ujarnya lagi, rumah itu sebelum ini sering disalah rujuk dalam beberapa buah buku sebagai kediaman Kerani Ahmad atau nama sebenar Toh Indera Wangsa Ahmad.
"Beberapa buku sebelum ini menyatakan begitu, tapi sebenarnya rumah Kerani Ahmad itu di lokasi lain," katanya.
Sementara itu, Zahim berkata, buat julung-julung kalinya Rumah 1916 dibuka untuk dilawat kepada pengunjung dengan pameran sementara bertema Kisah Kinta 1916.
Ia dibuka setiap Sabtu sepanjang bulan Jun ini bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Antara tema yang dipaparkan selain sejarah Batu Gajah ialah arwah bapa Zahim iaitu Datuk Ar. Ikmal Hisham AlBakri yang merupakan anak Melayu pertama mempunyai lulusan bidang seni bina dari Universiti Sheffield, England.
Selain sejarah keluarga Toh Amar Diraja Sulaiman yang merupakan salah seorang pelopor awal pembangunan bandar Batu Gajah.
Topic Berkaitan
#Rumah 1916
#rumah warisan
#AlBakri
#pemuliharaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan