awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah ADUN Mulu di Bario musnah dalam kebakaran

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
14/04/2024
21:20 MYT
Rumah ADUN Mulu di Bario musnah dalam kebakaran
Gerawat (depan, tengah) hadir di lokasi kejadian kebakaran bagi membantu pasukan siasatan mengumpul maklumat petang semalam. - Foto Astro AWANI
BARIO: Sebuah kediaman milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Pa' Umor di sini awal pagi semalam.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Marudi menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.40 pagi dan segera mengaktifkan enam anggota Persatuan Bomba Sukarela Bario untuk melakukan operasi pemadaman.
"Mereka menggunakan dua aliran 700 kaki, dan air daripada pili bomba terdekat untuk menjayakan pemadaman tersebut.
"Operasi turut dibantu 20 pegawai dan anggota tentera darat yang berpangkalan di Bario, selain penduduk kampung," katanya.
Menurutnya, oleh kerana jarak antara balai Marudi dan lokasi kejadian adalah sekitar 460 kilometer dan mengambil masa 20 jam menggunakan laluan darat, pasukan siasatan dari balai tersebut menggunakan khidmat helikopter bomba MI17 untuk ke lokasi, bagi melakukan kerja-kerja forensik kebakaran.
"Siasatan awal mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah persendirian berstruktur tidak kekal jenis bertiang setingkat yang terbakar 100 peratus.
"Kesemua penghuni dilaporkan selamat dan berjaya keluar semasa kejadian berlaku," katanya lagi.
Gerawat yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) tidak berada di lokasi dan hanya datang pada petang semalam bagi membantu pasukan siasatan mengumpul maklumat.
Anggaran kerugian masih disiasat.

Topic Berkaitan
#bario
#rumah terbakar
#ADUN Mulu
#Gerawat Gala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan