awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, dua motosikal musnah dalam kebakaran

Aida Aziz
Aida Aziz
27/09/2022
01:00 MYT
Rumah, dua motosikal musnah dalam kebakaran
Dua buah motosikal jenis Honda Wave dan skuter masing-masing dilaporkan musnah 90 peratus. - Foto JBPM Perak
TANJUNG MALIM: Sebuah rumah dan dua motosikal musnah dalam kejadian kebakaran di Behrang Station, Kampung Poh, di sini awal pagi tadi.
Kebakaran itu menyebabkan rumah kelas A dengan keluasan 20x40 itu musnah terbakar 20 peratus, manakala dua buah motosikal jenis Honda Wave dan skuter itu, masing-masing dilaporkan musnah 90 peratus.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.33 pagi.
Bagaimanapun katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa atau kehilangan nyawa.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke lokasi, dengan dibantu BBP Slim River.
"Anggota bomba membuat pemadaman dengan menggunakan dua aliran hose reel bersumberkan air dari tangki jentera, sehingga kebakaran padam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Jasmi Abd Kamal itu tamat pada jam 4.21 pagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rumah
#motosikal
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan