PARIT BUNTAR: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran berhampiran Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, dekat sini, pada Jumaat malam.

Turut musnah ialah enam buah motosikal pelbagai model.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kebakaran itu kira-kira jam 8 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 22 X 50 musnah terbakar 80 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan enam buah motosikal pelbagai model yang musnah terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bagaimanapun, kata jurucakap itu, tiada mangsa terlibat.

Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan tiga aliran 200 kaki dengan enam pancutan bersumberkan air dari pili bomba.

Selain anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Bagan Serai, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jalan Pantai, PBS Parit Buntar dan PBS Kuala Kurau.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Muhamad Irham Mohd Zin tamat kira-kira jam 11 malam.