Projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim, yang juga hasil cetusan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal menyaksikan rakyat negeri ini berpeluang memiliki rumah sendiri daripada serendah RM80,000.
Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata inisiatif itu bukan setakat satu projek perumahan semata-mata tetapi ia adalah satu inovasi baharu dalam sektor perumahan yang boleh menjadi pencetus perubahan dalam sektor itu.
"Ini kerana, Rumah Impian Bangsa Johor bukan sahaja dijual pada harga berpatutan malah jauh lebih murah berbanding harga pasaran sekarang.
"Semua ini adalah hasil cetusan idea daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri malah bagaikan hadiah kepada sekalian rakyat Johor sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku," katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran inisiatif berkenaan di Galleria Kota Raya hari ini.
Turut berkenan mencemar duli ke majlis itu Sultan Ibrahim serta Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan exco kerajaan negeri turut hadir.
Prihatin dengan sesetengah rakyat yang mungkin dihimpit dengan kekangan kewangan, Yayasan Sultan Ibrahim juga bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk kemudahan pembiayaan kepada bakal pembeli.
"Bagi tujuan itu, Bank Rakyat bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM500 juta untuk kemudahan pembiayaan rumah berharga daripada serendah RM80,000 seunit dalam program ini.
"Lebih menarik lagi, pembeli yang layak hanya perlu membayar wang deposit serendah RM1 dengan tawaran pinjaman 100 peratus," kata beliau.
Kamaruzzaman berkata projek itu akan dilaksanakan oleh syarikat dalam kumpulannya, Johor Land Bhd secara usahasama dengan dua syarikat lain di dua kawasan iaitu Bandar Dato' Onn dan Bandar Baru Majidee.
Di Bandar Dato' Onn, projek itu yang akan dikategorikan sebagai Rumah Impian Sultan Ibrahim, akan dibina di atas kawasan seluas 21.32 hektar melibatkan lebih 520 unit rumah.
Harga rumah di kawasan itu yang terdiri daripada rumah teres, rumah berkembar dan rumah sesebuah bermula daripada RM80,000 sehingga RM100,000, dijangka mula dibina sebelum hujung tahun ini.
Sementara itu, sejumlah 320 unit rumah terdiri daripada dua blok kediaman, masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman, akan dibina di atas tanah seluas 2.75 hektar di Bandar Baru Majidee.
Dengan harga kurang daripada RM150,000 seunit, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.
Selain itu, Kamaruzzaman berkata sebuah projek lagi sedang dirancang oleh Mutiara S'City Sdn Bhd di tanah rizab Melayu di kawasan Bukit Saujana, seluas 3.055 hektar melibatkan 1,000 unit rumah.
Harga jualan dijangkakan daripada RM297,000 hingga RM420,000.
"Lebih menarik, kesemua jenis rumah dengan harga jualan berpatutan ini akan turut dilengkapi kemudahan lain seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan cook top. Ini sekali gus menggambarkan kesesuaian gelarannya sebagai Rumah Impian Bangsa Johor," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2017
Rumah Impian Bangsa Johor bukan sahaja dijual pada harga berpatutan malah jauh lebih murah berbanding harga pasaran sekarang.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
Pelik jika ada pihak pertikai Rumah Impian Bangsa Johor - Bastien
Mana-mana pihak disifatkan berperangai pelik dan tidak faham isu semasa apabila mempertikaikan pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor.
Sultan Ibrahim akan pastikan projek rumah impian bangsa Johor berjaya
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan memastikan projek Rumah Impian Bangsa Johor berjaya dalam membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.
Rumah Impian Bangsa Johor, 'hadiah Sultan Johor' pada rakyatnya
Projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim, bakal menyaksikan rakyat negeri ini berpeluang memiliki rumah sendiri.