awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah jadi lokasi panggilan ah long diserbu

Sinar Harian
Sinar Harian
01/05/2021
00:57 MYT
Rumah jadi lokasi panggilan ah long diserbu
Sebahagian wang tunai dan telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan di tiga buab rumah di Alai Perdana. (Gambar kecil: Sundra Rajan)
MELAKA: Taktik sindiket pinjaman wang tanpa lesen yang menjadikan tiga buah rumah untuk aktiviti membuat panggilan ah long tumpas dalam serbuan di Alai Perdana, di sini pada Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata serbuan yang dilakukan Bahagian Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri itu berjaya menahan sembilan individu warganegara China termasuk empat wanita dipercayai terbabit dalam sindiket terbabit.
Menurutnya, polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk berhubung dengan mangsa termasuk 14 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba dan papan kekunci, buku skrip penipuan pinjaman dalam bahasa Mandarin selain wang tunai berjumlah RM31,850.
"Turut dirampas enam pasport warganegara China dan hasil soal siasat awal mendapati mereka telah beroperasi sejak Februari lalu dengan menyasarkan mangsa dari negara China.
"Kesemua suspek berperanan mencari mangsa di media sosial dengan menawarkan pinjaman kepada mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, suspek ditawarkan gaji bulanan sebanyak RM3,000 hingga 4,000 namun sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang bayaran gaji.
"Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Khamis lalu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan menipu.
Berita asal: Rumah jadi lokasi panggilan ah long diserbu
Topic Berkaitan
#sindiket pinjaman wang tanpa lesen
#Ah Long
#Alai Perdana
#E Sundra Rajan
#warganegara China
#Seksyen 420
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan