awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah kampung jadi stor simpan minuman keras tidak bercukai diserbu Kastam Sabah

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
02/09/2022
08:51 MYT
Rumah kampung jadi stor simpan minuman keras tidak bercukai diserbu Kastam Sabah
Ketika serbuan dilakukan, rumah tersebut tidak berpenghuni dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.
KOTA KINABALU: Tindakan menjadikan sebuah rumah kampung di Tamparuli sebagai stor penyimpanan barang seludup gagal apabila pasukan Kastam Sabah merampas lebih 31,000 liter minuman keras pada 24 Ogos lalu.
Dalam serbuah jam 8 malam itu, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Cheong Yu Min berkata, pelbagai jenis minuman keras dirampas dengan nilai RM618,299.
Manakala katanya, tiga buah lori tiga tan turut disita.
"Ketiga-tiga lori tersebut diletakkan di kawasan rumah tanpa pemandu atau kelindan.
"Sementara semua minuman keras yang dijumpai serta tiga buah lori tiga tan dirampas dan dibawa balik ke pejabat untuk tujuan siasatan lanjut", beliau berkata.
Menurut Cheong, modus operandi yang digunakan oleh suspek di dalam kes itu ialah dengan menjadikan rumah kosong sebagai transit minuman keras sebelum melakukan edaran menggunakan lori tersebut bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.
Katanya, ketika serbuan dilakukan, rumah tersebut tidak berpenghuni dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#Kastam Sabah
#Tamparuli
#rampasan minuman keras
#barang seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan