awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, kedai runcit musnah dalam kebakaran

Azee Shafy
Azee Shafy
23/08/2022
00:20 MYT
Rumah, kedai runcit musnah dalam kebakaran
Dalam kejadian petang Isnin di Jalan Ladang Triang, Bera, sebuah rumah kedai terbakar 100 peratus manakala sebuah rumah terbakar 50 peratus. - Foto JBPM Pahang
BERA: Sebuah rumah kedai dan sebuah rumah musnah dalam satu kebakaran di Jalan Ladang Triang, di sini, semalam.
Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian stor rumah salah seorang mangsa, menurut Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin.
Katanya, kejadian pada jam 2.45 petang itu memusnahkan keseluruhan rumah kedai dan sebahagian rumah mangsa.
"Seramai 16 anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Triang dengan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian. Kebakaran dipadam keseluruhan pada jam 5 petang.
"Kedua-dua rumah kedai adalah berasaskan kayu, dan akibat kebakaran itu rumah kedai mangsa pertama terbakar 100 peratus manakala rumah mangsa kedua terbakar 50 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Foto JBPM Pahang
Foto JBPM Pahang
Mangsa ialah R. Chandira Sekeran, 74 tahun, yang turut menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumahnya dan D. Ravidran, 57 tahun.
Mansor berkata, Chandira Sekeran bersama isteri dan ibu mertuanya berjaya menyelamatkan diri sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.
Tiada kemalangan jiwa dilapor dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Foto JBPM Pahang
Foto JBPM Pahang
Topic Berkaitan
#rumah kedai
#rumah terbakar
#kebakaran
#Bera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan