awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat

Bernama
Bernama
21/03/2023
01:20 MYT
Rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat
Hujan lebat dan ribut di kawasan sekitar Taman Desa Riang, Damansara Damai, Selangor tengah malam tadi menyebabkan tujuh buah rumah terjejas dan enam kenderaan dihempap pokok tumbang. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan ribut di sekitar Damansara Damai, Jalan Ipoh dan Sungai Buloh di sini, malam tadi menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata di Taman Desariang, Damansara Damai, 15 pokok tumbang akibat kejadian hujan lebat sehingga menjejaskan bahagian hadapan tujuh rumah.
"Enam lagi kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dihempap pokok tumbang. Kerja-kerja memotong sisa pokok tumbang sedang dijalankan, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hujan lebat dan ribut di kawasan sekitar Taman Desa Riang, Damansara Damai, Selangor tengah malam tadi menyebabkan tujuh buah rumah terjejas dan enam kenderaan dihempap pokok tumbang. - Foto JBPM
Hujan lebat dan ribut di kawasan sekitar Taman Desa Riang, Damansara Damai, Selangor tengah malam tadi menyebabkan tujuh buah rumah terjejas dan enam kenderaan dihempap pokok tumbang. - Foto JBPM
Menurut Morni, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.19 pagi tadi berhubung kejadian itu sebelum 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik, BBP Damansara dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi.
Hujan lebat dan ribut di kawasan sekitar Taman Desa Riang, Damansara Damai, Selangor tengah malam tadi menyebabkan tujuh buah rumah terjejas dan enam kenderaan dihempap pokok tumbang. - Foto JBPM
Hujan lebat dan ribut di kawasan sekitar Taman Desa Riang, Damansara Damai, Selangor tengah malam tadi menyebabkan tujuh buah rumah terjejas dan enam kenderaan dihempap pokok tumbang. - Foto JBPM
Selain itu, katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.15 malam menyatakan terdapat pokok tumbang di Jalan Ipoh menghala susur Selayang.
"Bomba juga menerima panggilan kecemasan pada 12.52 tengah malam mengenai pokok tumbang di PJU 10/9, Rampai Idaman, Prima Damansara di Sungai Buloh yang menghempap sebuah Toyota Hilux dan Toyota Attos," katanya.
Sisa pokok tumbang telah dipotong dan dialihkan ke tempat selamat, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#hujan lebat
#kenderaan rosak
#potong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan