Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api

Aida Aziz
Disember 4, 2023 00:40 MYT
Menurut bomba, kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 30x80 yang musnah terbakar sebanyak 80 peratus. - Foto JBPM Perak
PASIR SALAK: Sebuah rumah bersama kereta dan tiga motosikal musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi ini di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.57 pagi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dengan dibantu BBP Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 30x80 musnah terbakar sebanyak 80 peratus, namun ia tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujarnya, bomba menggunakan konsep receo dan melakukan kerja memadam api dengan satu aliran hose 400 kaki dua pancutan air dari pili bomba.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Razali Haramaini itu tamat pada jam 4.30 pagi.
#kebakaran #rumah #kereta #motosikal