Rumah kongsi diduduki 12 warga Bangladesh terbakar

Bernama
Disember 28, 2023 07:00 MYT
14 anggota bomba bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran selepas pihaknya menerima panggilan pada 6.37 pagi. - Foto FB JBPM Negeri Sembilan
SEREMBAN: Sebuah rumah kongsi yang didiami 12 pekerja warga Bangladesh musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran di sini pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebuah stor simpanan barang bagi projek Pasar Baru Ampangan.
Beliau berkata 14 anggota bomba bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran selepas pihaknya menerima panggilan pada 6.37 pagi, dan kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira setengah jam kemudian.
"Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa, dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
-- BERNAMA
#rumah kongsi terbakar #Balai Bomba dan Penyelamat Seremban #warga Bangladesh #Pasar Baru Ampangan