BUTTERWORTH: Pembeli rumah di Blok A, Taman Nagasari, Prai di sini menzahirkan rasa kecewa apabila terpaksa menghuni kawasan perumahan itu bersama sekumpulan warga asing yang dipercayai menyewa di flat berkenaan.
Wakil penduduk, Amirul Adli Ahmad, 28, berkata, mengikut perjanjian awal, pangsapuri 11 tingkat berharga RM42,000 setiap satu unit itu dibina oleh kerajaan negeri dan tidak boleh disewa sewenang-wenangnya sama ada kepada warga tempatan atau warga asing.
Bagaimanapun, menurutnya jumlah warga asing yang menyewa dikatakan lebih ramai iaitu melibatkan kira-kira 20 unit dan ada yang tinggal lebih awal di situ berbanding penghuni yang sepatutnya.
"Lebih mengecewakan ada juga unit pangsapuri di situ disalahguna, dijadikan asrama pekerja yang dilengkapi dengan kod pengimbas dan QR Code My Sejahtera secara terbuka di bahagian pintu masuk.
"Kami hairan bagaimana rumah ini boleh disewa kepada mereka dengan sesuka hati oleh pemilik,"katanya ketika melakukan bantahan aman di sini pada Jumaat.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung selepas menerima aduan daripada penduduk supaya perkara itu diambil tindakan segera.
Difahamkan, kira-kira 10 daripada 150 unit pangsapuri kos rendah di blok itu dihuni oleh warga tempatan, manakala sebahagian besar penghuni yang lain belum berbuat demikian.
Amirul Adli berkata, dia juga dimaklumkan ada warga asing yang menyewa untuk dijadikan kedai runcit apabila terdapat peralatan berniaga mula dibawa masuk unit di bahagian bawah pangsapuri itu.
"Kegiatan komersial sama sekali tidak dibenarkan di blok ini dan kami hairan bagaimana terlalu mudah sekali mereka (warga asing) berbuat demikian," katanya.
Mengulas lanjut Amirul Adli berkata, dia dan rata-rata penduduk di situ mahu isu tersebut diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan lebih ramai warga asing tinggal di situ hingga keadaan menjadi tidak terkawal seperti di beberapa kawasan pangsapuri lain di negeri ini.
"Penduduk di sini sepakat untuk membuat kad akses bagi mengawal mereka yang keluar masuk ke blok pangsapuri selepas ini jika tiada lagi warga asing dibenarkan tinggal di sini," katanya.
Sementara itu, Hsiao Leung berkata, isu salah guna unit kediaman untuk disewa kepada warga asing tidak seharusnya berlaku kerana pangsapuri itu menetapkan syarat bahawa ia hanya dikhususkan kepada penduduk tempatan berpendapatan rendah serta belum memiliki rumah sendiri.
"Saya telah menulis surat kepada Exco Perumahan (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.
"Kita berharap isu ini mendapat perhatian kerajaan negeri dan pihak berkaitan perlu menyiasat perkara ini untuk mengambil tindakan dengan sewajarnya," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022

Penduduk melakukan bantahan secara aman kerana tidak berpuas hati pangsapuri diduduki turut disewa oleh warga asing. - Foto Sinar Harian

Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
CEO Tesla, Elon Musk telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan dilakukan.

Sukan SEA Hanoi: Sie Yan hadiahkan pingat emas ke-30 negara
Dua atlet negara turut mendominasikan pentas gimnmastik berirama pasa Sukan SEA Hanoi, pada Khamis.

Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

Beg Plastik | Perak bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exconya, Akmal Kamarudin berkata satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Rasuah | Pegawai JAKOA mengaku tidak bersalah
Seorang penolong pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300 pada Januari.

Rumah kos rendah dijadikan asrama pekerja warga asing
Jumlah warga asing yang menyewa dikatakan lebih ramai iaitu melibatkan kira-kira 20 unit.

PKPD: Cubaan lari, hotel tolak 30 tempahan bilik penduduk Taman Nagasari
Ada segelintir penduduk di kawasan Taman Nagasari di Pulau Pinang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikesan cuba meninggalkan kawasan berkenaan.

Penduduk Taman Nagasari yang melarikan diri digesa jalani ujian saringan COVID-19
Rata-rata penduduk dengan kebanyakannya pekerja industri dipercayai telah meninggalkan rumah masing-masing.