GEORGE TOWN: Pulau Pinang tidak membenarkan Rumah Mampu Milik (RMM) kos rendah dan sederhana (RMMA dan RMMB) disewakan sama ada kepada warga asing atau tempatan, kata Pengerusi Perumahan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri S.Sundarajoo.
Beliau berkata ia diputuskan baru-baru ini memandangkan terdapat keperluan untuk mengawal ketat rumah kos rendah dan sederhana yang telah mendapat subsidi kerajaan daripada disalahgunakan termasuk disewakan atau dijadikan asrama pekerja.
"Penting kepada pihak berkuasa untuk lebih ketat dalam mengawal unit-unit bersubsidi tinggi seperti rumah RMMA dan RMMB daripada disalah guna termasuk disewakan, malah dijadikan asrama pekerja.
"Saya sedang menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri mengenai tindakan penguatkuasaan sewajarnya yang perlu diambil.
"Ia sangat mudah... adakah kita akan membenarkan begitu ramai warga asing (pekerja asing) tinggal dalam kalangan kita? Itu tidak sihat.
"Ini juga termasuk unit yang disewakan kepada penduduk tempatan dan kita akan menghalang pemilik rumah kos rendah dan sederhana ini daripada menyewakan unit mereka (kerana) mereka mendapat subsidi yang besar," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Perumahan Negeri-negeri 2023 di sini yang berlangsung dua hari bermula hari ini.
Sundarajoo berkata langkah pemulihan atau pemutihan perlu dilakukan terhadap unit yang telah lama dijadikan asrama pekerja agar lebih teratur dan terkawal selain pada masa sama isu legasi seperti semakan silang pemilikan hartanah antara negeri juga perlu diwujudkan untuk saringan yang lebih luas.
Beliau berkata ada dalam kalangan pemilik rumah kos rendah dan sederhana menyewakan rumah atau unit kediaman mereka kepada kilang dengan kadar RM1,000 sebulan dan mencari tempat tinggal lain dengan bayaran RM500 sebulan.
"Itu bukan tujuan kami membina unit kos rendah dan sederhana, malah sebenarnya kita juga boleh mengambil semula unit ini dan memberikannya kepada mereka yang lebih layak," katanya.
Sementara itu, Sundarajoo berkata pemaju yang memaksa pembeli skim RMM kerajaan negeri untuk mendaftar bagi 'pakej pengubahsuaian' pemaju untuk menaikkan harga, akan berdepan tindakan senarai hitam.
Menurut Sundarajoo, beliau menyedari terdapat kes sedemikian dan turut menerima aduan bahawa pemaju meminta pembeli mengambil pakej pengubahsuaian tersebut, namun sebenarnya pembeli mempunyai hak untuk menolaknya.
"Pemaju tidak sepatutnya melakukan ini (memaksa pembeli) kerana mereka harus berpegang pada harga yang diberikan kerajaan negeri.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemaju sedemikian, termasuk menyenaraihitamkan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) Pulau Pinang Ravinder Singh yang dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan terdapat pemaju enggan menjual pada harga tawaran dan memaksa pembeli mengambil 'pakej pengubahsuaian' yang lebih mahal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Sundarajoo (foto) berkata langkah pemulihan atau pemutihan perlu dilakukan terhadap unit yang telah lama dijadikan asrama pekerja agar lebih teratur dan terkawal. -Gambar fail/Bernama
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.