awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Orang Asli Kampung Kuala Wook berdepan risiko tanah runtuh

Bernama
Bernama
12/06/2025
20:45 MYT
Rumah Orang Asli Kampung Kuala Wook berdepan risiko tanah runtuh
Hakisan disebabkan hujan lebat dan arus sungai deras telah merosakkan tanaman serta mengancam struktur rumah, termasuk bilik air yang hampir runtuh. - Gambar Bernama
GUA MUSANG: Seramai 14 penduduk Orang Asli daripada dua keluarga di Kampung Kuala Wook di sini, berdepan risiko keselamatan selepas tebing di sekitar kediaman mereka terhakis sejak lebih dua minggu lepas yang mungkin boleh mengakibatkan tanah runtuh.

Ringkasan AI
  • Seramai 14 penduduk Orang Asli dari dua keluarga di Kampung Kuala Wook berdepan risiko keselamatan akibat hakisan tebing berhampiran rumah mereka sejak 24 Mei lalu.
  • Hakisan disebabkan hujan lebat dan arus sungai deras telah merosakkan tanaman serta mengancam struktur rumah, termasuk bilik air yang hampir runtuh.
  • ADUN Nenggiri bersama JAKOA telah melawat kawasan terjejas dan kerja baik pulih tebing akan dilaksanakan segera bagi mengelakkan risiko lebih besar menjelang musim hujan.

Penduduk suku Temiar, Hairi Pandak, 29, berkata, hakisan tanah bermula pada 24 Mei lepas susulan hujan lebat berterusan, menyebabkan paras air sungai meningkat dan arus deras.
"Kira-kira 8 malam, saya perasan tebing berhampiran rumah mula terhakis dan sebahagiannya runtuh. Beberapa pokok pisang dan ubi kayu yang ditanam turut rosak," katanya kepada pemberita di Kampung Kuala Wook di sini hari ini.
Seorang lagi penduduk, Salmah Awang, 55, berkata, hakisan tanah semakin membimbangkan kerana struktur tanah di tepi rumah yang didiami lebih 10 tahun itu terjejas akibat arus sungai yang deras.
"Arus deras pada bulan lepas menghakis tanah di bawah bilik air yang terletak di luar rumah. Saya bimbang bilik air itu mungkin runtuh," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, beliau bersama wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melawat kawasan terjejas.
Beliau berkata, walaupun hanya dua keluarga yang terkesan secara langsung ketika ini, namun masalah itu turut mencetus kebimbangan kepada lebih 300 penduduk yang lain.
"Kerja baik pulih tebing perlu dilaksanakan segera kerana kita menjangkakan taburan hujan meningkat menjelang Ogos dan September," katanya.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima maklum balas positif daripada JAKOA dan kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Orang Asli
#tanah runtuh
#Kampung Kuala Wook
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan