[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Rumah terbakar, tujuh keluarga hilang tempat tinggal

Radhi Muslim 23/06/2019 | 07:44 MYT
Anggota bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya pada pukul 11.50 pagi tadi. - Astro AWANI
Sebanyak tujuh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata Laut di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi, seramai 54 orang dari tujuh buah keluarga hilang tempat tinggal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi.
"Sejurus itu, seramai 26 anggota bergegas ke lokasi termasuk anggota sukarela.
"Sebaik tiba, api sedang marak namun berjaya dikawal pada jam 9.42 pagi.
"Pada jam 11.50 pagi, kebakaran akhirnya berjaya dipadam sepenuhnya," katanya ketika dihubungi.
Keadaan tujuh buah rumah yang terbakar di Kampung Cenderamata Laut di Sandakan.
Jimmy berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu setakat ini.
Tambahnya, punca kejadian dan anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan.
#Kampung Cenderamata Laut #kebakaran #rumah terbakar #Sandakan