[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Rumah terbuka Klinik Renora, rayakan perubatan estetik

Astro Awani 30/04/2025 | 08:25 MYT
Dr. Ruhil ketika di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri “A Celebration of Trust, Expertise, and Community” di Cyberjaya, Ahad lalu.
CYBERJAYA: Renora Clinic, jenama terkemuka dalam bidang perubatan estetik, kulit, dan laser, mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri “A Celebration of Trust, Expertise, and Community”untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan pelanggan dan rakan-rakan industri serta bagi menekankan amalan perubatan estetik yang beretika, di Cyberjaya, Ahad lalu.
Pengasas Renora Clinic, Dr. Ruhil Hayati Nordin yang juga seorang doktor selebriti dan pempengaruh media sosial berkata, majlis ini juga diadakan bagi menggalakkan lebih ramai graduan untuk menceburi bidang perubatan estetik sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.
“Bidang ini amat luas dan mempunyai potensi yang besar. Namun begitu, ia mestilah diceburi dengan ilmu serta mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan di sini.
“Saya percaya bahawa kualiti dan keselamatan kulit pesakit adalah yang paling utama, dan kepatuhan kepada peraturan adalah kunci kepada keselamatan pesakit serta integriti profesion ini,” ujarnya.
Menerusi majlis tersebut, pelbagai acara seperti kuiz, cabutan bertuah, persembahan tarian seni budaya Melayu dan pemberian sagu hati diadakan sebagai tanda penghargaan kepada tetamu yang hadir.
Dr. Ruhil bersama suami, Ahmad Fitri Mohd. Ramli bersama sebahagian tenaga kerja Renora Clinic di Majlis Terbuka Aidilfitri “A Celebration of Trust, Expertise, and Community” untuk memberikan sokongan.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu turut dihadiri Dr. Najmi Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), barisan doktor pakar estetik, pempengaruh media sosial, pelanggan setia, keluarga dan sahabat handai.
Sesi bergambar antara Dr. Ruhil dan pelanggan-pelanggan Renora Clinic bersama keluarga yang hadir sebagai tanda sokongan.
Renora Clinic yang dikenali dengan konsep bermutu tinggi namun menawarkan rawatan estetik dengan harga berpatutan kini beroperasi di dua lokasi utama iaitu Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan Bandar Baru Bangi, serta bakal membuka cawangan ketiga dalam masa terdekat.
#Kementerian Kesihatan Malaysia #KKM #Renora Clinic #Dr Ruhil Hayati Nordin