awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan awam Cadangan Kerangka Pengawalseliaan berkaitan data komunikasi bermula - MCMC

Bernama
Bernama
25/07/2025
20:30 MYT
Rundingan awam Cadangan Kerangka Pengawalseliaan berkaitan data komunikasi bermula - MCMC
Menurut MCMC, akses kepada data yang tepat dan boleh dipercayai penting untuk menjaga keselamatan orang ramai dan negara.
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Jumaat memulakan Rundingan Awam mengenai Cadangan Kerangka Pengawalseliaan untuk Penyimpanan, Pemeliharaan dan Pendedahan Data Komunikasi bagi Tujuan Siasatan (Cadangan Kerangka Pengawalseliaan).
Inisiatif berkenaan susulan pindaan terkini kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) dengan pengenalan seksyen 252A, 252B dan 268A yang telah berkuat kuasa Februari lepas.
MCMC dalam kenyataan memaklumkan peruntukan baharu itu memberikan asas perundangan bagi penyimpanan, pemeliharaan dan pendedahan data komunikasi bagi menyokong siasatan jenayah.
"Dalam era iaitu ancaman dalam talian seperti penipuan, pemalsuan, buli siber dan gangguan semakin berleluasa dan rumit, adalah amat penting bagi agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mendapatkan akses kepada data sahih, boleh dipercayai dan tepat pada masanya bagi menyokong siasatan mereka secara berkesan.
"Akses kepada data yang tepat dan boleh dipercayai penting untuk menjaga keselamatan orang ramai dan negara," menurut agensi itu.
Cadangan Kerangka Pengawalseliaan itu juga bertujuan membantu siasatan pihak berkuasa, memberikan panduan yang jelas kepada syarikat penyedia perkhidmatan dan dalam masa sama memastikan privasi orang ramai terus dilindungi menerusi peraturan dan proses yang telus.
Tempoh rundingan awam itu dibuka mulai semalam hingga 8 Ogos depan dan MCMC menggalakkan penyertaan pihak industri, masyarakat sivil dan orang awam dalam proses tersebut.
"Ini merupakan peluang penting bagi para pemegang taruh memberikan maklum balas dan menyumbang kepada pembangunan satu kerangka pengawalseliaan yang seimbang, inklusif serta sejajar dengan keperluan penguatkuasaan negara dan piawaian perlindungan data global," menurut MCMC.
Kertas Rundingan Awam Cadangan Kerangka Pengawalseliaan untuk Penyimpanan, Pemeliharaan dan Pendedahan Data Komunikasi boleh didapati di pautan : https://www.mcmc.gov.my/en/media/announcements/publicconsultation-paper-on-retention-preservat
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#rundingan awam
#data komunikasi
#Cadangan Kerangka Pengawalseliaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan