awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM buat persiapan hadapi dua kohort, fokus pengisian guru dan fasiliti sekolah - Wong
Astro Shaw intai kerjasama dengan Sofyank, Nicholas Chin, Kudrat pembuka ASCU
Kenderaan tidak dibenarkan masuk, di parkir di kawasan Empangan Sultan Azlan Shah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan pemberian khas kerajaan Persekutuan-Sabah diteruskan 19 Dis - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
15/12/2025
10:00 MYT
Rundingan pemberian khas kerajaan Persekutuan-Sabah diteruskan 19 Dis - Amir Hamzah
Amir Hamzah, berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan keperluan peruntukan di Sabah, dengan peruntukan mengurus dan pembangunan terus meningkat daripada RM14 bilion pada 2023 kepada RM17 bilion pada 2026. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sesi rundingan seterusnya antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas dijadual diadakan pada 19 Disember ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan telah menyatakan komitmen untuk melaksanakan perbincangan secara progresif bagi memastikan proses rundingan berjalan dengan teratur.
"Kerajaan Persekutuan telah meneruskan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah pada 17 Nov 2025 dan menubuhkan satu Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas Peringkat Pegawai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.
"Selain itu, turut dibincangkan adalah terma rujukan yang digunakan sebagai panduan semasa rundingan dilaksanakan kelak," katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Negara hari ini.
Amir Hamzah berkata Kerajaan Persekutuan melalui platform Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) komited merundingkan kadar pemberian khas yang lebih baik termasuk meningkatkan amaun pemberian khas kepada Sabah.
"Pada 2023, Kerajaan Persekutuan telah menaikkan amaun pemberian khas Sabah kepada RM300 juta. Mulai 2025, kerajaan bersetuju menaikkan amaun pemberian khas hampir sekali ganda lagi kepada RM600 juta.
"Pembayaran ini adalah secara interim, sementara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang merumuskan kaedah baharu yang menentukan pemberian khas masa hadapan," kata beliau.
Menurut Amir Hamzah, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan keperluan peruntukan di Sabah, dengan peruntukan mengurus dan pembangunan terus meningkat daripada RM14 bilion pada 2023 kepada RM17 bilion pada 2026.
Katanya peruntukan ini disalurkan bagi melaksanakan pembangunan strategik seperti Lebuhraya Pan Borneo Sabah, bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar, jalan perhubungan desa, jalan luar bandar dan kemudahan ameniti sosial.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#MA63
#tuntutan hak Sabah
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan