awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan gudang: SAR ditamatkan, 4 pekerja disangka hilang dipercayai lari

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/11/2023
11:09 MYT
Runtuhan gudang: SAR ditamatkan, 4 pekerja disangka hilang dipercayai lari
Keputusan itu dibuat selepas pasukan SAR mendapati keempat-empat mereka tiada di bawah runtuhan. - Gambar/ Bernama
BAYAN LEPAS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat pekerja binaan warga Bangladesh yang dikatakan terperangkap dalam runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung di sini, telah ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Muhamed Usuf Jan Mohamad berkata, keputusan itu dibuat selepas pasukan SAR mendapati keempat-empat mereka tiada di bawah runtuhan.
Katanya, mereka dipercayai bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian akibat ketakukan dan tiada permit kerja.
"Kita tidak menjumpai mana-mana mangsa di tempat kejadian walaupun sudah buat pencarian rapi.
"Akhir sekali dapatan kita berdasar maklumat daripada majikan dan mandur... adalah empat mangsa yang kita sangka di bawah runtuhan bangunan tesebut sebenarnya telah melarikan diri kerana ketakutan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan semua elemen SAR dan memuktamadkan bahawa mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah tiga orang manakala dua lagi parah.
Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Md Ahed Ali, 42, Mohammad Mokaddes Ali, 46, dan Mohd Sayful Islam, 29.
Manakala dua yang cedera dikenali sebagai Md Uzzal Mridha, 30 yang patah kaki kiri dan Md Razu Ahamad, 33, (cedera di kepala dan leher).
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, polis menerima maklumat terdapat 18 pekerja berada di lokasi tetapi sembilan daripada mereka telah keluar untuk solat dan sembilan dilaporkan terperangkap.
Tapak binaan itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang.
Topic Berkaitan
#runtuhan gudang
#operasi SAR tamat
#pekerja larikan diri
#angka maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan