awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/03/2022
04:01 MYT
Runtuhan kuari: UTP bantu operasi pencarian dua mangsa tertimbus
Operasi yang memasuki hari ke 22 itu diteruskan pagi ini dengan membuat pemantauan keselamatan bagi kerja-kerja pengalihan batu oleh syarikat kuari. - Gambar ihsan BOMBA
IPOH: Khidmat kepakaran Universiti Teknologi Petronas (UTP) digunakan untuk membantu mengesa dua mangsa kuari runtuh di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.
Tidak ketinggalan khidmat anjing pengesan dari Unit K9, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan untuk mengesan mangsa.
Menurut jurucakap JBPM Perak, pihak UTP menggunakan peralatan khas yang boleh mengesan jentera jengkaut pada kedudukan yang sukar.
“Jentera berat akan digunakan untuk menggerudi bagi membolehkan Unit K9 mengesan bau mangsa yang tertimbus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut jurucakap itu, operasi yang memasuki hari ke 22 itu diteruskan jam 9 pagi ini dengan membuat pemantauan keselamatan bagi kerja-kerja pengalihan batu oleh syarikat kuari.
Dalam kejadian sekitar pukul 9.15 pagi 8 Mac lalu, dua pekerja berjaya menyelamatkan diri manakala dua masih hilang, dikhuatiri tertimbus.
Mangsa yang dipercayai masih tertimbus dikenali sebagai Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43.
Dua lagi mangsa, Mohd Razli Suhaimi, 35 mengalami patah kaki dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan manakala rakannya Pan Bah Tam, 38, mengalami cedera ringan.
Topic Berkaitan
#runtuhan kuari
#Keramat Pulai
#Universiti Teknologi PETRONAS
#unit k9
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan