MELAKA TENGAH: Ancaman runtuhan tebing Sungai Bertam Ulu, Sungai Udang, di sini, yang semakin serius sejak akhir-akhir ini mengakibatkan lebih 200 penduduk di Kampung Bertam Ulu hidup dalam ketakutan.
Manakan tidak, runtuhan tebing yang semakin menghampiri kediaman penduduk mengakibatkan banyak pokok dan tanaman tumbang ke dalam sungai.
Rentetan kejadian itu juga, beberapa tanah milik penduduk 'lenyap' berikutan terhakis oleh aliran air sungai yang deras setiap kali hujan lebat.
Penduduk mendakwa, situasi berkenaan yang mula dikesan pada tahun lalu dikatakan berpunca daripada
beberapa projek perumahan yang dijalankan di bahagian hulu sungai berkenaan.
Seorang penduduk, Majid Md Ali, 63 mendakwa, isu berkenaan telah diajukan kepada pihak berkaitan, namun, sehingga kini suara mereka ibarat dipandang sepi.
“Sungai ini pada asalnya lurus tetapi menjadi berliku-liku sejak beberapa projek perumahan dibina di sepanjang sungai berkenaan yang mana memang hakisan ni dah lama berlaku, tetapi bila hujan lebat makin teruk.
“Aliran sungai itu tidak menuju ke saluran sebenarnya dan bahayakan penduduk sebab apabila air terlalu deras ianya mengakibatkan runtuhan tanah dan pasir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Kekesalan sama turut disuarakan seorang penduduk yang juga pengusaha tanaman tebu, Mazlan Ling Hassan, 60, yang mendakwa tanahnya seluas 20 kaki persegi telah lenyap akibat hakisan dan runtuhan terbabit.
“Masalah yang saya hadapi adalah runtuhan tebing tanah di kawasan rumah saya ni nampaknya sudah terlalu ketara sangat dan aduan berkaitan perkara ini telah saya ajukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dah lama sangat.
“Saya menunggu, awalnya kata mahu ambil tindakan tapi tidak ada dan tanah ini pun dah menghampiri jalan besar selain tanaman saya semua habis,” katanya lagi.
Tambah warga emas itu, tanaman yang diusahakannya seperti pokok rambutan dan kelapa juga banyak yang telah ‘ranap’ dan tumbang ke dalam sungai akibat hakisan itu.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Komuniti, (JPKK) Bertam Ulu, Roslan Hasan ketika ditemui berkata, masalah penduduk terbabit telah diajukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
“Kita telah ajukan kepada pihak berkaitan dan apa yang difahamkan, JPS akan bina tembok penahan untuk elakkan hakisan dalam masa terdekat ini.
“Tempoh bilakah ia akan siap bergantung kepada cuaca juga yang mana jika tiada hujan kita yakin kerja-kerja membina tembok penahan itu dapat disiapkan segera,”ujarnya.
Tinjauan di kawasan runtuhan tebing terbabit hari ini mendapati beberapa batang pokok tumbang ke dalam sungai selain runtuhan itu juga semakin menghampiri kediaman penduduk dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Sep 19 2022
Ancaman runtuhan tebing Sungai Bertam Ulu, Sungai Udang, di sini, yang semakin serius sejak akhir-akhir ini mengakibatkan lebih 200 penduduk di Kampung Bertam Ulu hidup dalam ketakutan. - Gambar Astro AWANI
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Lokasi kenderaan jatuh dalam tebing kawasan runtuhan lama - MPAJ
MPAJ memaklumkan lokasi berkenaan telah ditutup menggunakan penghadang konkrit serta pita keselamatan bagi menghalang kenderaan serta orang awam daripada memasukinya.
Runtuhan tebing, 200 penduduk hidup dalam ketakutan
Ancaman runtuhan tebing Sungai Bertam Ulu, Sungai Udang, di Melaka Tengah semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Tanah runtuh: 10 keluarga sudah keluar dari unit kediaman - Elizabeth Wong
Elizabeth Wong berkata pihaknya difahamkan semua keluarga yang terlibat telah keluar daripada kediaman masing-masing sebaik sahaja arahan dikeluarkan.
Tanah runtuh Pasir Mas: JPS, JKR diarah lakukan kajian segera - MB
Tindakan segera perlu dilakukan memandangkan masih berlaku pergerakan tanah.