MALAYSIA
Runtuhan tebing Kampung Tanjung Batu Rakit cetus kebimbangan penduduk
Tebing di sepanjang Laluan T145 Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit runtuh malam tadi. - Gambar/ Bernama
KUALA NERUS: Tidak sampai sebulan dibuka kepada orang ramai, tebing di sepanjang Laluan T145 Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit runtuh malam tadi, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk Kampung Tanjung Batu Rakit di sini.
Ringkasan AI
Kejadian berlaku lewat malam tadi, apabila penduduk mendapati sebahagian tebing berkenaan runtuh walaupun keadaan ombak ketika itu tidak besar.
Insiden berkenaan menambah kebimbangan terhadap keselamatan di laluan terbabit yang masih belum siap sepenuhnya walaupun telah dibuka kepada lalu lintas sebelum akhir Ogos lepas.
Memandangkan musim tengkuuh yang dijangka bermula awal Oktober, penduduk kini bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk serta menyebabkan kerosakan teruk.
Seorang penduduk Mohd Zaki Ali, 57, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 9 malam tadi.
"Saya terkejut bagaimana tebing itu boleh runtuh sedangkan ombak tidaklah besar ketika itu. Sebelum 31 Ogos jalan itu sudah boleh digunakan tetapi kerja belum siap sepenuhnya.
"Mungkin kerja pembaikan sekitar 90 peratus sahaja. Belum sampai sebulan, sudah runtuh," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Seorang lagi penduduk, Maimun Johar, 56, berkata runtuhan itu mula disedari kira-kira 9.30 malam ketika dia bersama suami hendak pergi memancing.
"Kami terkejut apabila melihat jalan sudah runtuh. Jaraknya sangat dekat dengan rumah saya dan mujur ketika itu tiada sesiapa yang cedera atau terjatuh kerana keadaan gelap. Orang yang lalu pun tidak perasan," katanya.
Maimun turut berkata kejadian itu menimbulkan kebimbangan apabila musim tengkujuh berlaku nanti kerana ombak besar dan arus kuat berpotensi menghakis lebih banyak kawasan sehingga menjejaskan keselamatan penduduk.
Seorang pesara, Wan Khalid Wan Abdullah, 70, yang sering berjoging di kawasan berkenaan berharap pihak bertanggungjawab segera bertindak memandangkan musim tengkujuh semakin hampir.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Hanafiah Mat ketika dihubungi Bernama berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor mengesahkan insiden berkenaan dan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau berkata keruntuhan dipercayai berpunca daripada hakisan di bawah tebing dan JKR bersama kontraktor telah diarahkan menutup laluan terjejas bagi tujuan keselamatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tebing di sepanjang Laluan T145 Jalan Mengabang Telipot-Batu Rakit runtuh kurang sebulan selepas dibuka kepada orang ramai, menimbulkan kebimbangan penduduk Kampung Tanjung Batu Rakit terutama menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula awal Oktober.
- Penduduk mempersoalkan tahap siap kerja pembinaan yang dianggarkan sekitar 90 peratus, serta bimbang hakisan dan ombak besar akan menyebabkan kerosakan lebih teruk dan mengancam keselamatan kawasan berhampiran kediaman mereka.
- JKR sedang menjalankan siasatan terhadap punca runtuhan yang dipercayai akibat hakisan bawah tebing, dan laluan terjejas telah ditutup atas arahan keselamatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa diminta segera mengambil tindakan.