GADGETS

Runway bakal perkenal sokongan penjanaan permainan video dikuasakan AI

Amanz 29/06/2025 | 05:30 MYT
Runway, yang terkenal dengan penjanaan video AI, kini sedang membangunkan ciri penjanaan permainan video menggunakan kecerdasan buatan. -Amanz
PADA hari ini, kita sedia melihat sokongan penjanaan teks, gambar, audio dan juga video menggunakan kecerdasan buatan.

Ringkasan AI
  • Runway, yang terkenal dengan penjanaan video AI, kini sedang membangunkan ciri penjanaan permainan video menggunakan kecerdasan buatan.
  • Versi awal ciri ini akan diperkenalkan secara terhad dan dijangka berkembang secara berperingkat bermula tahun ini.
  • Runway juga sedang berbincang dengan syarikat permainan video untuk menggunakan teknologi dan dataset mereka, membuka peluang kepada lebih banyak inovasi AI dalam industri permainan.

Tidak setakat itu, bergerak ke hadapan, lebih banyak perkara dilihat akan disokong boleh dijana menggunakan kecerdasan buatan.
Terbaharu, Runway yang sedia popular dengan penjanaan video, kini turut sedang melihat kepada penjanaan permainan video.
Ciri ini dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat, dan laman untuknya dilihat telah pun aktif.
Melalui temu ramah, pihak Runway mengatakan versi awal adalah versi yang terhad dan permulaan.
Versi penjanaan permainan video lebih menyeluruh dijangka diperkenalkan secara berperingkat kelak bermula tahun ini.
Di samping itu, Runway turut dikatakan sedang dalam perbincangan bersama beberapa syarikat permainan video dalam menggunakan teknologi dan dataset untuk latihan.
Dengan perkembangan ini, mungkin kita turut akan melihat lebih banyak syarikat lain turut memperkenalkan penawaran AI masing-masing selari Runway yang ingin memudahkan penjanaan permainan video. -Amanz
#kecerdasan buatan #runway #penjanaan video AI #penjanaan permainan video