Pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah tidak menyangka sekujur tubuh pelajar lelaki terbaring di jalan raya adalah anaknya sendiri.
Ahmadrunizam Awang, 44, berkata kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika dia dan isteri pulang sebaik selesai urusan kerja di Kuala Lumpur.
Ahmadrunizam yang menetap di Kampung Pasir Tuntong berkata dia yang melalui jalan terbabit tidak mengesyaki sesuatu meskipun ternampak mayat kaku di atas jalan.
"Saya meneruskan pemanduan kerana ingatkan anak orang lain, tapi bila sampai ke tempat menunggu bas berhampiran rumah kelibat anak tak kelihatan.
"Saya mula rasa tidak sedap hati dan kebetulan menerima panggilan telefon daripada adik ipar memaklumkan anak saya dilanggar kenderaan ketika melintas jalan," katanya.
Menurutnya, dia kemudiannya berpatah semula ke tempat kejadian dan terkejut apabila anaknya, Ahmad Rafiq Darwisy, 13, tidak lagi bernyawa.
"Saya berlari ke arahnya dan sempat membuka baju yang dipakai bagi menutupi jenazah anak sebelum dibawa ke hospital," katanya.
Katanya, Ahmad Rafiq yang dalam perjalanan ke sekolah sempat meninggalkan pesanan kira-kira 10 minit sebelum kejadian.
"Sebelum kejadian, arwah ada hubungi isteri beritahu supaya jaga diri baik-baik dan berhati-hati," katanya.
Ahmadrunizam berkata anak keempat daripada enam beradik itu disifatkan sebagai anak yang baik dan suka bergurau.
"Arwah seorang yang ceria dan ringan tulang. Bila disuruh melakukan sesuatu dia cepat membantu.
"Ini semua takdir ALLAH, sebagai bapa saya hanya mampu berdoa supaya arwah diberikan kebaikan dunia dan akhirat," katanya.
Jenazah Allahyarham Ahmad Rafiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Api-Api kira-kira jam 5. 30 petang, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan seorang pelajar tingkatan 1 yang dalam perjalanan ke sekolah menemui ajal apabila tercampak kira-kira 20 meter selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 38 Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Assam Jawa, di sini.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, Ahmad Rafiq mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sinar Harian
Tue Aug 27 2019
Pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah tidak menyangka sekujur tubuh pelajar lelaki terbaring di jalan raya adalah anaknya sendiri. -Foto Sinar Harian
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rupanya mayat anak sendiri
Ahmadrunizam yang menetap di Kampung Pasir Tuntong berkata dia yang melalui jalan terbabit tidak mengesyaki sesuatu meskipun ternampak mayat kaku di atas jalan.