Parlimen hari ini menerima kunjungan 'pelawat' luar biasa dan istimewa, terdiri daripada sekumpulan rusa yang secara tiba-tiba dilihat bermain-main di dalam kolam di perkarangan menara utama Parlimen, kira-kira pukul 11.45 pagi.
Menurut seorang pengawal keselamatan di Parlimen yang hanya mahu dikenali sebagai Azwari, kumpulan kira-kira tujuh ekor rusa daripada puluhan rusa yang dipelihara di Taman Rusa bersebelahan tempat letak kereta pelawat bangunan Parlimen itu, dipercayai terlepas dan memasuki perkarangan Parlimen ketika sesi persidangan Dewan Negara berlangsung.
"Tiga ekor rusa berkenaan masuk dan bermain-main di dalam kolam manakala beberapa ekor lagi berlegar-legar di kawasan berpagar berhampiran pintu masuk utama.
"Kesemua rusa berkenaan dapat ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam kandang, kira-kira sejam kemudian, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya kepada Bernama.
Insiden itu turut menarik perhatian Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang berada di Parlimen bagi menghadiri sesi persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau turut memuat naik gambar seekor daripada rusa berkenaan dalam laman Facebooknya, dengan status 'Hari ini kolam di Bangunan Parlimen dikejutkan dengan lawatan istimewa seekor rusa'.
Puluhan ekor rusa spesies Axis-axis yang dihadiahkan oleh bekas presiden Indonesia, Suharto kepada Parlimen Malaysia, ditempatkan di dalam kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa itu. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
Rosnah memuat naik gambar seekor daripada rusa berkenaan di laman Facebook beliau, dengan status 'Hari ini kolam di Bangunan Parlimen dikejutkan dengan lawatan istimewa seekor rusa'. Facebook Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Lelaki maut terbakar bawah kereta
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian pada jam 3.54 pagi oleh orang awam.
Rusa terlepas mandi di kolam perkarangan Parlimen
Kumpulan kira-kira tujuh ekor rusa daripada puluhan rusa yang dipelihara di Taman Rusa bersebelahan tempat letak kereta pelawat bangunan Parlimen itu, dipercayai terlepas.