awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim

Bernama
Bernama
17/09/2024
20:00 MYT
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Moscow, St Petersburg, Tatarstan, Dagestan dan kawasan lain di Rusia popular dalam kalangan pelancong Islam dan standard baharu akan memudahkan mereka memilih pilihan penginapan dan riadah yang selesa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rusia dan Malaysia bersedia untuk meningkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
Menurut hantaran di Facebook oleh Kedutaan Persekutuan Rusia di Malaysia, memorandum kerjasama ditandatangani semasa Persidangan Pelancongan Islam ke-4 baru-baru ini. Perjanjian itu ditandatangani oleh ketua Roskachestvo Maxim Protasov dan ketua pengarah Pusat Pelancongan Islam Nizran Noordin.
"Memorandum itu bertujuan untuk mengukuhkan dan membangunkan ekosistem mesra Muslim dalam sektor pelancongan. Rancangannya adalah untuk menyelaraskan keperluan pensijilan untuk hotel dan perniagaan hospitaliti dengan piawaian mesra Muslim," tambah catatan itu.
Menurut kedutaan, pada musim bunga 2024, "Roskachestvo-Halal" mula memperakui perkhidmatan pelancongan mengikut piawaian mesra Muslim, yang dibangunkan berdasarkan pengalaman antarabangsa lebih 30 negara.
Moscow, St Petersburg, Tatarstan, Dagestan dan kawasan lain di Rusia popular dalam kalangan pelancong Islam dan standard baharu akan memudahkan mereka memilih pilihan penginapan dan riadah yang selesa, kata siaran itu lagi.
Sementara itu, Pusat Pelancongan Islam menerusi Facebooknya berkata memorandum yang ditandatangani itu merupakan hasil utama Kumpulan Kerja Malaysia-Rusia yang diadakan semasa KazanForum pada Mei tahun ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Malaysia
#kerjasama
#Pelancongan Mesra Muslim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan