MALAYSIA
Rusia tunggu lebih ramai pelajar Malaysia mohon biasiswa sambung belajar
Kerajaan Rusia menawarkan sehingga 40 tempat biasiswa penuh kepada pelajar Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke negara itu bagi tahun akademik 2026/2027.
KUALA LUMPUR: Berbaki kurang dua bulan lagi sebelum tarikh permohonan untuk mendapatkan biasiswa penuh kerajaan Rusia bagi menyambung pengajian yang diminati di negara itu berakhir.
Ini kerana kuota 40 biasiswa kerajaan Rusia yang diberikan kepada Malaysia masih belum diisi sepenuhnya.
Justeru, kerajaan Rusia melalui Rumah Rusia di Kuala Lumpur menggesa lebih ramai pelajar Malaysia tampil dan memohon biasiswa berkenaan, lebih-lebih lagi apabila bilangannya ditambah daripada 20 tahun lalu kepada 40 untuk pengajian akademik 2026/2027.
Timbalan Pengarah Rumah Rusia di Kuala Lumpur, Asiyat Tarchokova berkata, tawaran masih lagi dibuka disebabkan terdapat beberapa universiti tertentu di Rusia menawarkan tempat untuk pelajar antarabangsa, khususnya dari Malaysia.
"Penambahan biasiswa untuk tahun akademik 2026/2027 juga diberikan sebagai sebahagian daripada jalinan kerjasama antara Malaysia dan Rusia bagi mendidik generasi yang cemerlang dan berkelayakan.
"Malah, Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia–Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Budaya (JC-ESTC) kali ke-4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), Kedah, dari 10 hingga 11 November 2025 turut mencapai beberapa persetujuan termasuk menawarkan lebih banyak peluang kepada pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di Rusia dan begitu juga program pertukaran pelajar Rusia ke Malaysia," katanya kepada Astro AWANI semasa ditemui di acara Russian University Day di Rumah Rusia di ibu negara.
Sementara itu, beliau berkata, lebih 400 universiti di 80 wilayah di Rusia menawarkan sehingga 17,000 program pendidikan dalam pelbagai bidang pengajian serta tiada had umur dikenakan kepada calon.
Antaranya dalam bidang matematik dan sains semula jadi, nuklear, bioteknologi, tenaga boleh baharu, pertanian dan sains pertanian, sains sosial (psikologi, undang-undang, ekonomi serta pelancongan), seni dan budaya, sains komputer, data sains dan beberapa bidang lain.
Beliau memaklumkan, biasiswa tersebut juga dapat menampung yuran pengajian penuh untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Pasca Siswazah, latihan doktor serta Pendidikan Vokasional Menengah dan program tambahan jangka pendek.
"Bagi calon yang perlu memperbaiki kemahiran Bahasa Rusia, biasiswa ini akan merangkumi Kursus Persediaan Bahasa Rusia sebelum program pengajian utama, kebiasaannya di universiti atau bandar yang sama kerana kebanyakan program diajar dalam Bahasa Rusia.
"Misi kami adalah untuk mempromosikan hubungan budaya dan pendidikan antara Rusia dan Malaysia melalui pelbagai program, acara dan inisiatif. Salah satu aktiviti utama kami adalah menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Rusia di bawah Program Biasiswa Kerajaan Rusia," ujar Asiyat.
Katanya,calon boleh memohon kedua-dua kursus dan biasiswa secara langsung di laman web https://education-in-russia.com/ atau boleh menghubungi Rumah Rusia di Kuala Lumpur di talian, 012-4804100 atau e-mel: malaysia@rs.gov.ru untuk maklumat lanjut.
Tarikh tutup permohonan untuk biasiswa ini ialah pada 15 Januari 2026.