awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan bersenjata di Mount Austin berpunca daripada tuntutan RM100,000

Bernama
Bernama
29/12/2025
09:25 MYT
Rusuhan bersenjata di Mount Austin berpunca daripada tuntutan RM100,000
Datuk Ab Rahaman Arsad berkata sebaliknya insiden itu berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan urusan pinjaman wang bagi tujuan perniagaan. - Bernama
JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan rusuhan bersenjata di hadapan sebuah restoran di Taman Mount Austin di sini, Sabtu lepas, tidak berkaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau along.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata sebaliknya insiden itu berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan urusan pinjaman wang bagi tujuan perniagaan.
Beliau berkata rakan mangsa telah meminjamkan akaun banknya kepada seorang daripada suspek iaitu RM100,000 telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan melalui transaksi dalam talian.
"Tanpa pengetahuan suspek, rakan mangsa itu telah mengeluarkan wang tersebut secara berperingkat dan keadaan itu menyebabkan suspek berasa tidak berpuas hati serta menuntut bayaran balik daripada rakan mangsa.
"Semasa sesi perbincangan bagi menuntut bayaran balik yang turut dihadiri mangsa, telah berlaku perselisihan faham sebelum mangsa diserang oleh sekumpulan lelaki manakala rakan mangsa berjaya melarikan diri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Ab Rahaman berkata setakat ini, 13 individu berusia antara 20 hingga 47 tahun ditahan termasuk seorang wanita warga Vietnam yang merupakan isteri kepada seorang daripada suspek.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati empat suspek positif dadah jenis ketamin.
"Kesemua 12 suspek lelaki direman selama tujuh hari bermula 28 Dis hingga 3 Jan depan, manakala suspek wanita direman selama tiga hari hingga esok," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah, Seksyen 307 dan Seksyen 148 akta sama atas cubaan membunuh serta memiliki senjata dalam rusuhan, selain Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang menggugat keselamatan serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata 12 lelaki warga tempatan dan seorang wanita Vietnam dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata itu yang menyaksikan mangsa diserang menggunakan kerusi besi dan pisau pemotong daging.
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan pada kepala, lengan, betis serta calar di seluruh badan akibat insiden itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taman Mount Austin
#rusuhan bersenjata
#pinjaman perniagaan
#polis
#pertikaian peribadi
#suspek ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan