awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan di Matang: Mangsa meninggal dunia, polis klasifikasikan kes bunuh

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
26/04/2022
08:17 MYT
Rusuhan di Matang: Mangsa meninggal dunia, polis klasifikasikan kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes rusuhan di sebuah kedai di Jalan Matang baru-baru ini sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
KUCHING: Polis mengklasifikasikan kes rusuhan di sebuah kedai di Jalan Matang baru-baru ini sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad berkata ia susulan salah seorang daripada mangsa yang terlibat dalam kes tersebut disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 10.10 malam Isnin.
Mangsa dikenali sebagai Goh Kia Hee, 30, sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai terkena senjata tajam.
Abang Zainal dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.
BACA: Rusuhan di Matang: Polis tahan tujuh lelaki tempatan, serang tiga individu
Berdasarkan soal siasat yang dijalankan, pihaknya belum dapat mengenal pasti siapa yang memukul mahupun menyerang mangsa yang mati.
“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, semakan juga dilakukan dalam CCTV kedai berdekatan namun didapati kebanyakan kamera tiada rakaman. Malah tiada saksi bebas tampil untuk membantu siasatan, “ katanya.
Pada 17 April lalu, polis menahan tujuh lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan kes rusuhan di sebuah kedai makan di Matang.
Insiden dipercayai berlaku apabila pekerja kedai makan tersebut didatangi seorang lelaki dikenali dengan nama Ah Lai bersama 10 lelaki masing-masing membawa senjata tajam yang dikatakan berpunca daripada perselisihan faham berhubung pembahagian syer dan keuntungan perniagaan serta hutang yang belum diselesaikan.
Disebabkan rusuhan itu, tiga mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan termasuk seorang cedera parah di kepala dan badan.
Topic Berkaitan
#Rusuhan Matang
#bunuh
#kes bunuh
#Abang Zainal Abang Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan