KUALA LUMPUR:Ketiadaan tadbir urus dan kawal selia yang sistematik, selamat, terjamin dan berkesan antara cabaran yang dihadapi dalam membangunkan teknologi angkasa di negara ini.
Menyedari cabaran itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Angkasa sebagai persediaan menghadapi perkembangan industri berkaitan.
RUU yang bakal dibentangkan dalam masa terdekat ini, bukan sahaja bertujuan untuk memastikan selia yang baik, namun pelbagai kepentingan boleh diraih sekiranya ia diluluskan melihat kepada peluang negara untuk terus berkecimpung dalam industri bukan sahaja sebagai pengguna, namun sebagai pembangun.
"Lebih 25 buah negara di seluruh dunia mempunyai akta ini termasuk negara jiran Indonesia, yang mana kepentingannya bukan sahaja kepada tadbir urus malah melihat kepada piawaian di peringkat antarabangsa termasuk apa saja aktiviti dan produksinya.
"Dengan adanya RUU Angkasa ini, kita dapat tolong industri teknologi angkasa berkembang dan mencipta lonjakan baharu. Sebelum ini kita berperanan sebagai pengguna, kini kita boleh beralih kepada pembangun atau pencipta teknologi," kata Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah dalam program AWANI Pagi pada Selasa.
Jelasnnya, dengan penghasilan sendiri teknologi dan perkongsian data ini, ia mampu menjana pendapatan sekaligus menyumbang kepada pendapatan negara.
"Ingin saya kongsikan harapan kita dalam masa ini sehingga 2030, kalau boleh industri angkasa dapat menyumbang 0.3 peratus KDNK negara bersamaan RM3.2 bilion.
"Ia juga boleh menyokong industri terlibat dan mencipta lebih 5,000 peluang pekerjaan baharu kepada saintis," katanya.
MYSA bukan sahaja bertindak untuk melaksanakan apa yang digariskan di bawah Dasar Angkasa 2030, namun turut berperanan untuk meningkatkan keupayaan negara dalam sektor angkasa termasuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
Katanya, ketika ini, Malaysia di kedudukan ketiga dalam perkembangan teknologi angkasa di peringkat Asia Tenggara.
Bidang teknologi angkasa ini juga bukan hanya tertakluk kepada bidang astronomi dan angkasa lepas, namun bidang telekomunikasi, pemetaan, satelit juga antara cabangnya.
Malah ia juga kini giat digunakan oleh agensi kerajaan, serta petani serta nelayan juga sudah mula menceburkan diri menggunakan kecanggihan teknologi ini.
Menteri MOSTI, Kahiry Jamaluddin melalui ciapan di laman sosial Twitter hari ini turut mengumumkan, akan membentangkan RUU Angkasa ini di sesi Dewan Rakyat kali ini.
Hafizi Rosli
Tue Nov 03 2020
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah ketika ditemubual Astro Awani pada Selasa - Gambar fail
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Kemuncak hujan meteor Perseids dijangka malam 12 Ogos
Di Malaysia, penampakan hujan meteor berkenaan adalah baik kerana bulan akan terbenam pada tengah malam ketika waktu kemuncak.
MYSA meterai dua MoU, tiga LOI untuk rangsang teknologi angkasa di Malaysia
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dan tiga surat hasrat (LOI) bagi merangsang teknologi angkasa di negara ini sempena penganjuran Pameran Maritim dan
Sabah bakal bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas - Arifin
Sabah bakal mencipta sejarah dengan pembinaan Pusat Pelancaran Angkasa Lepas di negeri itu.
RUU Angkasa penting untuk perkasa tadbir urus, kawal selia teknologi angkasa negara
Dengan adanya RUU Angkasa, kita dapat tolong industri teknologi angkasa berkembang dan mencipta lonjakan baharu daripada sebagai pengguna, kini boleh menjadi pembangun