MALAYSIA
RUU Antibuli 2025 dibentang, mekanisme tangani buli diperkukuh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bacaan kali kedua dijadualkan pada Rabu ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025, yang bertujuan mewujudkan mekanisme khusus bagi menangani aduan buli, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan RUU itu memaklumkan bacaan kali kedua dijadualkan pada Rabu ini.
RUU yang mengandungi 54 fasal itu bertujuan mencegah dan menguruskan kes buli di institusi pendidikan serta institusi lain, selain menyediakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal Antibuli bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan terhadap gejala tersebut.
Fasal 29 menetapkan bidang kuasa tribunal untuk mendengar sebarang aduan buli yang dibuat oleh ibu, bapa atau penjaga mangsa mengikut keadaan yang diperuntukkan di bawah akta yang dicadangkan.
Fasal 30 pula menyediakan pengecualian bidang kuasa mahkamah sekiranya aduan buli dibuat kepada tribunal oleh mana-mana pengadu.
Menerusi Subfasal 31(4), sebarang prosiding yang melibatkan kanak-kanak hendaklah dijalankan oleh Tribunal secara tidak formal dan mesra kanak-kanak, selaras dengan umur, tahap kematangan serta keadaan kanak-kanak tersebut.
Tribunal juga diwajibkan memberi keutamaan untuk menyelesaikan aduan buli melalui proses pengantaraan bagi mencapai penyelesaian yang dipersetujui oleh pihak-pihak terbabit, dengan syarat kedua-dua pihak memberikan keizinan termaklum dan tribunal menilai pengantaraan itu wajar dalam semua keadaan.
"Jika pihak-pihak mencapai suatu penyelesaian dalam sesi pengantaraan, tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian tersebut, yang kemudiannya berkuat kuasa seolah-olah ia merupakan award tribunal," menurut RUU itu.
Dalam membuat award di bawah Seksyen 42, tribunal boleh mengeluarkan satu atau lebih perintah, termasuk jika responden ialah seorang dewasa, perintah supaya responden menyiarkan kenyataan permohonan maaf kepada mangsa mengikut cara yang ditetapkan dalam perintah tersebut.
Selain itu, tribunal boleh mengarahkan responden untuk menghapuskan sebarang kandungan berkaitan buli daripada mana-mana platform media sosial, peranti elektronik atau medium penyimpanan digital.
Turut tersenarai ialah perintah bagi responden, atau bagi responden kanak-kanak, ibu, bapa atau penjaga, untuk membayar pampasan atau ganti rugi tidak melebihi RM250,000 bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami mangsa akibat buli.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- RUU Antibuli 2025 dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama, bertujuan menangani aduan buli dan mencegah kes tersebut di institusi pendidikan serta lain.
- Tribunal Antibuli akan mendengar aduan buli oleh ibu bapa atau penjaga mangsa, dengan prosiding yang mesra kanak-kanak dan mengutamakan penyelesaian melalui pengantaraan.
- Tribunal boleh mengeluarkan perintah seperti meminta responden meminta maaf kepada mangsa, menghapuskan kandungan buli dari media sosial, dan membayar ganti rugi tidak melebihi RM250,000 kepada mangsa.