MALAYSIA
RUU Antibuli dibentang di Dewan Rakyat 1 Dis ini - Azalina
Azalina berkata proses penggubalan RUU itu dilaksanakan menerusi sesi libat urus yang komprehensif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 1 Dis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata Kabinet pada 21 Nov lepas telah meluluskan RUU berkenaan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat selepas inti pati undang-undang baharu itu selesai dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat pada 19 Nov.
"Bacaan pertama dijadualkan pada 1 Dis 2025 dan suatu taklimat terperinci akan diberikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat pada hari yang sama untuk menerangkan struktur jawatankuasa, bidang kuasa tribunal serta mekanisme pelaksanaan," kataya menerusi jawapan bertulis yang dikongsikan kepada media di Dewan Rakyat hari ini.
Jawapan bertulis itu bagi menjawab soalan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) berhubung pelan kerajaan untuk merangka undang-undang baharu bagi menangani kejadian buli.
Azalina berkata proses penggubalan RUU itu dilaksanakan menerusi sesi libat urus yang komprehensif termasuk 12 sesi dialog awam (town hall) pada September dan Oktober 2025, melibatkan 300 hingga 400 peserta termasuk pengetua, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, agensi berkaitan serta murid dan pelajar institusi pendidikan tinggi.