SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai sebarang masalah bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, dikuat kuasa.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata agenda pindaan itu, tidak sempat untuk dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dijadualkan pada Ogos ini, memandangkan memerlukan masa 14 hari untuk menghantar notis kepada ADUN.
"Insya-Allah, kita akan bawa dalam persidangan selepas itu, mungkin dalam November ini. Kerajaan negeri tiada masalah, kita nampak semua menyokong. Kita meraikan keputusan (lulus RUU) tersebut yang akan memberi keyakinan kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
"Ia juga memberi harapan kepada rakyat, rakyat dah jemu, muak tak suka kita lompat (parti) sesuka hati tanpa berbincang dengan pengundi yang memilih mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Patologi Veterinar Malaysia Kali ke-13 di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan semua negeri di bawah pentadbiran mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan meminda Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri secepat mungkin, selepas RUU itu diluluskan.
Lim dipetik sebagai berkata langkah itu bagi membolehkan RUU berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu dapat diseragamkan dan dikuat kuasa di peringkat negeri sebelum PRU15.
Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah apabila RUU berkenaan diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
AMINUDDIN: Kita meraikan keputusan (lulus RUU) tersebut yang akan memberi keyakinan kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. - Gambar fail/BERNAMA
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M
Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.
DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.
RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.
RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.
RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.