KOTA KINABALU: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa meminta semua pihak menyokong usaha untuk memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dapat dibentangkan di Parlimen dalam persidangan akan datang.
Beliau berkata melalui langkah perundangan ini, ia diharapkan akan dapat melahirkan generasi muda Malaysia bebas daripada sebarang bentuk tabiat merokok yang dikenali sebagai Generasi Penamat Rokok melibatkan golongan remaja lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.
Katanya tinjauan kesihatan remaja melibatkan golongan anak muda berusia 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan pengguna peranti merokok elektronik daripada 211,084 orang pada tahun 2017 kepada 301,109 orang pada tahun 2022.
"Ini belum mengambil kira penggunaan rokok konvensional yang melibatkan kumpulan remaja ini iaitu seramai 186,817 orang pada tahun 2022.
"Data yang dikongsikan ini merupakan satu senario nyata yang menuntut keprihatinan dan tindakan secara bersama semua pihak.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalannya Lukanisman Awang Sauni pada Majlis Perasmian Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaaan di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata Malaysia menyaksikan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, dan NCD ini sebenarnya boleh dicegah melalui pembudayaan hidup sihat antaranya dengan tidak mengamalkan tabiat merokok.
Beliau berkata tinjauan itu juga menunjukkan bahawa dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian setiap tahun di negara ini adalah akibat tabiat merokok setiap tahun.
Katanya pada masa yang sama kementeriannya juga memberikan perhatian kepada peningkatan trend penggunaan rokok elektronik dan vape iaitu prevalen sebanyak 4.9 peratus yang bersamaan dengan 1.13 juta pengguna dalam kalangan dewasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
DR ZALIHA: Data yang dikongsikan ini merupakan satu senario nyata yang menuntut keprihatinan dan tindakan secara bersama semua pihak. -Gambar fail/Bernama
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Kerajaan perlu sentiasa semak peruntukan sedia ada selari dengan perkembangan teknologi
Kerajaan perlu sentiasa menyemak peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan demi kedaulatan digital Malaysia supaya ia selari dengan perkembangan teknologi.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.
Parlimen: Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama
Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Dewan Rakyat lulus RUU Polis (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Dasar gaji progresif, TVET dan kerosakan jalan raya antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan mengenai dasar gaji progresif diajukan Ahli Parlimen Kalabakan kepada Menteri Ekonomi dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan.
Pindaan AUKU: Pergerakan golongan mahasiswa tidak lagi terhad - PKPIM
Antaranya, agenda untuk memperkasa mahasiswa akan terhad kerana kelulusan kewangan oleh MPP mungkin tidak banyak, kata Muhammad Dzul Aiman.