MALAYSIA
RUU Optometri dibentang Oktober ini - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika sidang media pada Majlis Perasmian Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometri di Akademi Perubatan Malaysia hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Optometri dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Ringkasan AI
Beliau berkata RUU itu bakal menjadi undang-undang khusus yang mengawal selia seluruh aspek profesion optometris di Malaysia.
"RUU Optometri akan menjadi stand-alone legislation yang akan mengawal selia amalan, latihan, pendaftaran dan skop tugas optometris berbeza dengan optisyen," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris di sini hari ini.
Dzulkefly berkata RUU Optometri turut dijangka meliputi aspek jualan produk optik secara dalam talian serta penguatkuasaan dan penalti bagi menjamin keselamatan pengguna.
"RUU ini sangat penting untuk mengangkat martabat profesion optometris sebagai bidang kerjaya yang profesional, bertauliah, selamat dan berkesan," katanya.
Dzulkefly berkata peranan optometris dalam sistem kesihatan primer khususnya dalam pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi, glaukoma dan penyakit retina lain.
"Optometris tidak hanya menangani masalah salah bias tetapi juga memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam mengenal pasti penyakit mata berkait dengan NCD," katanya.
Beliau turut mengakui Malaysia masih belum mencapai piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu satu optometris bagi setiap 10,000 penduduk.
"Kita kini berada di paras 1:16,000 maka ini sedikit sebanyak menjejaskan keupayaan sistem kesihatan untuk memberikan akses yang berkualiti dan saksama kepada rawatan mata untuk rakyak," katanya.
Selain itu, Dzulkefly berkata Malaysia hanya mampu melatih kira-kira 200 optometris setiap tahun yang memerlukan pembangunan tenaga kerja secara strategik dari sudut latihan dan perluasan kapasiti.
Dzulkefly turut menyuarakan kebimbangan terhadap liputan saringan penglihatan berkala yang masih rendah dan beban kos rawatan termasuk pembedahan katarak serta pembelian cermin mata masih ditanggung sendiri oleh majoriti rakyat terutama di luar bandar.
Justeru, beliau berkata wujud keperluan bagi mekanisme pembiayaan mampan dan progresif agar tiada rakyat Malaysia yang tercicir daripada akses kepada penjagaan mata berkualiti.
Mengenai Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer, Dzulkefly berkata ia merupakan langkah strategik ke hadapan sebagai asas pembentukan yang kukuh bagi kerangka amalan optometris swasta beretika, berasaskan bukti dan selamat.
Beliau berkata pelaksanaan pembuktian kelayakan dan privileging akan memastikan hanya optometris yang berkelayakan serta kompeten diberikan tanggungjawab klinikal tertentu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- RUU Optometri dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober 2025, bertujuan mengawal selia amalan, latihan, pendaftaran dan skop tugas optometris secara berasingan daripada optisyen.
- RUU ini turut merangkumi aspek jualan produk optik dalam talian, penguatkuasaan dan penalti, serta bertujuan memperkukuh peranan optometris dalam pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan glaukoma.
- Malaysia masih kekurangan optometris, dengan nisbah 1:16,000 berbanding piawaian WHO 1:10,000, dan hanya melatih sekitar 200 optometris setahun, menyebabkan keperluan kepada strategi pembangunan tenaga kerja dan pembiayaan penjagaan mata yang lebih mampan.