MALAYSIA
RUU Pekerja Gig 2025, melawan eksploitasi moden - GEM
Jose Rizal berkata, dengan kelulusan RUU Pekerja Gig 2025, Malaysia mampu keluar daripada belenggu ekonomi gig yang rapuh menuju ekosistem pekerjaan yang lebih adil dan bermaruah. - Foto ihsan GEM
KUALA LUMPUR: Gabungan eHailing Malaysia (GEM) menyifatkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 sebagai detik bersejarah dalam melindungi 1.2 juta rakyat Malaysia yang bergantung kepada sektor berkenaan.
Ketua Aktivis GEM Jose Rizal berkata, undang-undang itu bukan sekadar pengiktirafan rasmi kepada pekerja gig, sebaliknya menjadi perisai terhadap pelbagai bentuk ketidakadilan termasuk pendapatan tidak stabil, ketiadaan jaminan sosial dan eksploitasi sistemik oleh pihak berkepentingan.
“RUU Pekerja Gig 2025 bukan sekadar undang-undang, ia adalah perisai yang melindungi pekerja daripada eksploitasi moden. Menolak RUU ini sama seperti menggadai maruah rakyat yang berkorban setiap hari untuk menggerakkan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut GEM, pihaknya maklum mengenai kewujudan pelobi termasuk dalam kalangan politikus yang didakwa cuba melengahkan pembentangan RUU itu demi mengekalkan status quo.
“Kepada mereka, jangan jadi pengkhianat kepada pekerja gig. Setiap percubaan untuk melemahkan perjuangan ini hanya akan menyalakan lagi api solidariti,” katanya.
GEM turut menyeru rakyat Malaysia, sama ada pekerja gig atau tidak, untuk berdiri bersama menyokong kelulusan RUU berkenaan yang dianggap sebagai tonggak pembaharuan sistem pekerjaan negara ke arah lebih adil dan berperikemanusiaan.
Dalam pada itu, GEM merakam penghargaan kepada Perdana Menteri, Menteri Sumber Manusia dan semua pihak terbabit dalam merangka dasar berkenaan yang dilihat sebagai bukti keberanian politik dalam melaksanakan reformasi sebenar.
“Dengan kelulusan RUU ini, Malaysia mampu keluar daripada belenggu ekonomi gig yang rapuh menuju ekosistem pekerjaan yang lebih adil dan bermaruah,” katanya.
RUU Pekerja Gig 2025 dijangka dibentangkan minggu hadapan di Parlimen.