MALAYSIA
RUU Pekerja Gig jamin perlindungan untuk penggiat seni

Steven (tengah) hadir pada sidang media Taklimat Khas Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 di Studio Sound Stage, FINAS, di Hulu Kelang, di sini pada Isnin. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Penggiat seni bakal menikmati pelbagai bentuk perlindungan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang baru dibentangkan di Parlimen, termasuk slip gaji, kadar bayaran minimum serta pengiktirafan kontrak lisan.
Ringkasan AI
- RUU Pekerja Gig 2025 memberi perlindungan kepada penggiat seni termasuk slip gaji, kadar bayaran minimum dan pengiktirafan kontrak lisan.
- Majikan wajib mengeluarkan slip pendapatan, dan pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja jika gagal berbuat demikian.
- RUU ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pekerja gig, dengan 112 fasal merangkumi definisi pekerja gig, perlindungan sosial, dan mekanisme penyelesaian pertikaian.
“Jika sabit kesalahan, majikan akan dikenakan tindakan undang-undang serta penalti sebagaimana yang diperuntukkan.
"Kementerian juga akan mengadakan siri jelajah bagi memberi penerangan lanjut mengenai implikasi akta tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Taklimat Khas Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), di Hulu Kelang, di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Steven menegaskan bahawa definisi pekerja gig tidak hanya tertumpu kepada sektor e-hailing semata-mata, sebaliknya meliputi kelompok lebih luas termasuk penggiat seni.
Menurutnya, RUU itu turut mengiktiraf kontrak berbentuk lisan.
"Amalan dalam industri seni kebiasaannya menggunakan kontrak lisan. Dengan adanya peruntukan baharu ini, apa-apa perjanjian sama ada bertulis, lisan atau tersirat tetap sah di sisi undang-undang,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa isu kadar bayaran juga menjadi sebahagian daripada fokus RUU ini bagi memastikan gaji minimum mengikut jumlah jam yang dipersetujui.
Untuk rekod, Parlimen meluluskan RUU Pekerja Gig 2025 minggu lalu selepas melalui proses penggubalan selama tujuh tahun.
RUU tersebut, yang merangkumi 112 fasal, dibentangkan oleh Steven Sim dan diluluskan selepas perbahasan melibatkan 23 Ahli Parlimen daripada kerajaan serta pembangkang.
Antara perkara utama yang diperincikan dalam RUU itu termasuk definisi pekerja gig, penubuhan majlis tiga hala bagi menetapkan pendapatan dan syarat kerja, mekanisme penyelesaian pertikaian serta perlindungan keselamatan sosial.
RUU berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pekerja gig di seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami