MALAYSIA
RUU Perbekalan 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini
Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 (Belanjawan 2026) dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Ringkasan AI
RUU itu dibacakan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ia bagi membolehkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan dan perbelanjaan kerajaan bagi 2026.
Pembentangan itu dilakukan selepas sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.
Amir Hamzah berkata RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada jam 4 petang Jumaat ini oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bacaan kali kedua itu akan memperincikan hala tuju dan strategi fiskal kerajaan untuk tahun depan.
Sesi perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat dasar dijadual berlangsung dari 13 hingga 28 Oktober diikuti sesi penggulungan oleh menteri pada 29 Okt hingga 4 November.
Perbahasan di peringkat jawatankuasa pula akan bermula pada 5 hingga 27 Nov.
Selepas itu, empat hari terakhir persidangan Dewan Rakyat akan diperuntukkan untuk pembentangan usul lain serta RUU kerajaan yang berkaitan.
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
- Bacaan kedua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual pada 10 Oktober, diikuti perbahasan peringkat dasar dari 13 hingga 28 Oktober dan penggulungan dari 29 Oktober hingga 4 November.
- Perbahasan peringkat jawatankuasa berlangsung dari 5 hingga 27 November, sebelum empat hari terakhir persidangan diperuntukkan untuk usul dan RUU lain.