MALAYSIA
RUU Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 beri impak positif perkembangan teknologi atom
Noraishah berkata setakat ini, Atom Malaysia mengawal selia sebanyak 1,700 pemegang lesen yang mengendalikan bahan atau radas nuklear di negara ini. - Foto Jabatan Tenaga Atom
MELAKA: Rang Undang-Undang (RUU) Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Negara pada Ogos lepas, mampu memberi impak positif kepada industri dan perkembangan teknologi tenaga atom semasa negara.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom Malaysia (Atom Malaysia) Noraishah Pungut berkata RUU yang dipinda di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) itu, dilihat memberi keyakinan kepada pelabur sedia ada serta menarik lebih ramai pelabur baharu untuk melabur dalam industri berkenaan, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.
"Dengan pindaan RUU berkenaan, pelabur akan berasa lebih yakin terhadap keselamatan, sekuriti dan kawal guna aktiviti tenaga atom di negara ini.
"Selain itu, tempoh sah lesen yang dipanjangkan daripada tiga tahun sehingga 40 tahun, turut memberi ruang kepada industri atau pelabur untuk merancang pelaburan mereka dengan lebih efisien," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Atom Malaysia, yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim.
Noraishah berkata setakat ini, Atom Malaysia mengawal selia sebanyak 1,700 pemegang lesen yang mengendalikan bahan atau radas nuklear di negara ini.
Media sebelum ini melaporkan pada Ogos lepas, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), yang telah berkuat kuasa selama 41 tahun tanpa sebarang pindaan.
Pindaan itu bagi penambahbaikan, penguatkuasaan menyeluruh dan berkesan ke arah perundangan nuklear lebih komprehensif meliputi aspek keselamatan, sekuriti dan kawal guna selaras perkembangan teknologi tenaga atom semasa.
-- BERNAMA