MALAYSIA
RUU Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 dibentang bagi bacaan kali pertama
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 yang bertujuan meluaskan ruang lingkup akta merangkumi aspek keselamatan, kawal guna dan sekuriti nuklear, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Ringkasan AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang ketika membentangkan RUU berkenaan berkata bacaan kali kedua dan ketiga akan dibuat pada persidangan kali ini.
Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU itu antara lain bertujuan memasukkan bahagian baharu IIA bagi mengadakan peruntukan berhubungan Majlis Penasihat Tenaga Atom.
"Seksyen baharu 2A yang dicadangkan bertujuan mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan keanggotaan Majlis Penasihat.
"Seksyen baharu 2B yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi Majlis Penasihat dan seksyen baharu 2C yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan mesyuarat Majlis Penasihat," menurut naskhah biru itu.
Fasal 31 bertujuan memasukkan seksyen baharu 27A untuk memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh melupuskan atau menyebabkan sisa radioaktif dilupuskan, mengitar semula atau mengguna semula apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau bahan api terpakai melainkan jika dia adalah pemegang lesen.
RUU itu juga bertujuan memasukkan seksyen baharu 41D untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan dan penalti bagi individu yang menjalankan aktiviti melibatkan bahan radioaktif atau bahan nuklear dengan niat untuk menyebabkan kematian, kecederaan serius kepada mana-mana orang dan menyebabkan kerosakan teruk terhadap harta atau alam sekeliling.
Selain itu, Fasal 61 bertujuan meminda Seksyen 59 untuk memberi Ketua Pengarah kuasa bagi menetapkan suatu had liabiliti yang berlainan daripada yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 59(1) tetapi had liabiliti yang berlainan itu tidak boleh kurang daripada RM12 juta bagi sesuatu insiden nuklear.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, membentangkan RUU Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 untuk meluaskan aspek keselamatan, kawal guna dan sekuriti nuklear.
- RUU ini menubuhkan Majlis Penasihat Tenaga Atom serta menetapkan hanya pemegang lesen boleh melupuskan atau mengguna semula bahan radioaktif dan nuklear.
- RUU turut memperkenalkan kesalahan dengan penalti berat bagi penyalahgunaan bahan nuklear serta menetapkan had liabiliti insiden nuklear minimum RM12 juta.