RUU Perubahan Iklim, ini 5 perkara perlu diberi perhatian oleh Menteri Alam Sekitar dan Air

Umavathi Ramayah
Ogos 27, 2021 09:38 MYT
Sektor air negara perlu dibangunkan secara lebih holistik sebagai jaminan kepada rakyat pada masa depan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Walaupun dunia digambarkan semakin 'mengecil' dari segi jarak komunikasi seiring kecanggihan teknologi, namun isu alam sekitar dilihat sebaliknya malah menjadi semakin besar.
Krisis alam sekitar tidak boleh dipandang remeh kerana ia berkait rapat dengan manusia sendiri yang akhirnya yang bakal menerima 'padah' jika tidak diatasi di peringkat awal.
Ramai pakar dan aktivis alam sekitar bercakap mengenai pelbagai isu dalam konteks Malaysia selama ini.
Dengan pelantikan semula Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, pakar-pakar dan aktivis-aktivis, berharap lima perkara ini diberi perhatian segera:
1. Percepatkan Rang Undang-undang (RUU) Perubahan Iklim bagi memastikan setiap tindakan dapat mematuhi perundangan itu. Setakat ini Malaysia hanya mempunyai dasar perubahan iklim sahaja.
2. Meningkatkan penjanaan amaran cuaca signifikan bagi memastikan keselamatan terutamanya bagi sektor penerbangan.
3. Melakukan kajian semula pelaksanaan Pelan Induk Teknologi Hijau.
4. Menjalankan penguatkuasaan bersepadu secara berterusan bagi memastikan negara tidak menjadi tempat lambakan sisa plastik haram selain mencegah pencemaran yang berpunca dari kilang kitar semula plastik haram.
5. Sektor air negara perlu dibangunkan secara lebih holistik sebagai jaminan kepada rakyat pada masa depan.
#Keluarga Malaysia #Kabinet Malaysia 2021 #Kami Mohon #Tuan Ibrahim Tuan Man